Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung
tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk
menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin
membesar.
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak
pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir
dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan
sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar.
Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama
ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan
penuh bangga.
Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu
tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah
memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari
oleh penduduk di situ.
Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti
oleh kulitnya yang keras itu.
Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke
bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.
Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Jauhilah
dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia
akan merosakkan orang itu “
Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi
penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia
mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh
hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.
Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country
mengatakan sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan
hal-hal yang kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau
kerana disebabkan selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara
satu sama lain, atau kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan
isyarat-isyarat badan.
Dan perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa
kes besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.
Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban
hari di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen
tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan
kadangkala tidak masuk dek akal.
Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana masalah perselisihan pendapat.
Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula menghina antara satu sama lain,
dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang penamatnya menyebabkan salah
seorang daripada mereka terkorban.
Ini bukan cerita dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat
di negara kita.
Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil
dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan.
Jawapannya mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan
hal-hal yang kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita
sendiri. Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil
dan temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku.
Hal-hal kecil dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia
tidak menguasai diri kita.
Misalnya dalam rumahtangga, pasangan suami isteri haruslah pandai menilai
sesuatu isu yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Jangan biarkan hal-hal yang
remeh temeh membelenggu kerukunan rumahtangga mereka.
Misalnya seorang suami merasa sakit hati kerana isterinya suka tidur
berdengkur. Hampir setiap malam tidurnya terganggu kerana bunyi-bunyian yang
keluar dari rongga mulut dan hidung isterinya.
Dalam hal ini, sebelum situasi menjadi semakin rumit disebabkan hal yang begitu
remeh, si suami perlulah menilai hadis ini yang berbunyi :
“Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak
menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan
menyenangkannya” ( Muslim ).
Ya, si suami jangan biarkan satu sifat yang buruk pada pandangannya itu untuk
menafikan lain-lain sifat yang baik pada diri si isteri. Bertenang sekejap,
fikirkan secara perlahan-lahan apakah kebaik-kebaikkan si isteri padanya.
Masakan tiada bukan. Pasti ada dan jangan menafikannya. Jangan biarkan ego
seorang suami menguasai diri anda. Dari sepuluh sifat si isteri misalnya,
masakan tiada satupun yang baik pada pandangan mata anda.
Dia basuh pakaian anda, masakkan makanan yang lazat-lazat untuk anda, mengemas
rumah setiap hari walaupun penat bekerja dan bermacam-macam lagi yang lakukan
si dia untuk anda.
Kenapa hanya satu masalah yang kecil, menyebabkan mata anda tertutup untuk
melihat perkara yang lebih besar. Fikirkanlah bagaimana Saidina Umar menilai
pengorbanan isterinya dengan mendiamkan dirinya ketika dia dibebeli isterinya.
Lemahkah Umar?
Tidak, dia pahlawan hebat, bukan sahaja manusia yang takutkannya, malah syaitan
juga melarikan diri bila bertembung dengannya. Dia juga sahabat Nabi yang yang
mulia dan dijamin syurga.
Tetapi mengapa dia bertindak begitu?
Tidak lain tidak bukan kerana dia menghargai isterinya dan menerima kelemahan
yang ada pada isterinya.
Pada suami di luar sana, anda bagaimana?
Fikir-fikirkanlah.
Apa jalan penyelesaiannya?
Mudah sahaja jalannya, bersihkan jiwa dan bukalah minda kita dengan
seluas-luasnya agar kita dapat melihat sesuatu isu dan perkara itu dengan lebih
tenang, matang dan menurut pandangan akal yang berlandaskan Islam dan sunnah
Nabi.
Jangan biarkan fikiran kita terus dikuasai hal-hal yang remeh-temeh sehingga
menjadikan minda kita tertutup rapat dan sentiasa menilai sesuatu perkara dan
isu itu dengan nilaian yang negatif yang hanya bersandarkan kepada tanggapan
semata-mata dan nafsu yang sering memandu kita ke arah kejahatan yang akhirnya
akan membinasakan diri kita sendiri.
Ingat, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak adam kerana itu
janjinya hingga kiamat kelak. Akhir bicara, bersabarlah dengan setiap apa yang
telah Tuhan tentukan buat kita.
Nasib anda beradadi tangan anda sendiri. Hanya anda yang mampu mengubahnya
dengan izin Allah.
Selamat berubah kepada Kehidupan Baru
Wallahua’lam
P.S.: Savvy Sandwich: Sandwich for Savvy People™ -- Segar, enak and Halal,
produk Muslim, keluaran Bumiputera, sejak 2005.
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/