Jangan jadi macam Tunisia cukuplah. Puncanya pihak berkuasa Tunisia mengambil 
tindakan ke atas peniaga, akhirnya Presiden Tunisia tumbang ! TUNISIA ! TUNISIA 
! TUNISIA ! Kisah peniaga sayur yang tertindas sebabkan kejatuhan Presiden 
Tunisia di 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/presiden-tunisia-diguling-sebab-seorang.html 
            
Peniaga rugi besar kedai roboh 
Sinar Harian 26 Jan 2011

KUALA PILAH – Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa 
ibu tunggal, Ramnah Soan, 53, kerana bahagian depan kedainya roboh gara-gara 
angin kuat empat hari lalu selepas disaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 
November lalu. 

Ramnah berkata, tindakan menukar tiang besi daripada tiang batu sedia ada 
kerana menerima saman PBT. 

“Saya terima saman pada 29 November lalu dan kira-kira jam 4 petang, hari yang 
sama, saya terus menghubungi pihak berkenaan untuk mengetahui punca sebenar 
disaman dan ingin memohon rayuan mengurangkan jumlah saman disebabkan tidak 
mampu. 

“Pihak berkenaan meminta saya hadir keesokan harinya dengan surat rayuan dan 
alhamdulillah, saya dapat kurangkan saman daripada RM500 kepada RM100 sahaja,” 
katanya yang sudah berniaga sejak 2005. 

Menurutnya, dia juga harus merobohkan tiang batu dalam tempoh dua bulan 
daripada tarikh disaman. 

“Alasan diberikan adalah mana-mana peniaga tidak boleh membina bangunan kekal 
batu-bata dan satu tiang batu pun tidak boleh dibina di mana-mana kedai kerana 
premis bukan kedai kekal. 

“Saya patuh dengan arahan ditetapkan tetapi kecewa kerana masih terdapat kedai 
yang tidak dirobohkan sedangkan ia adalah bangunan kekal dengan menggunakan 
batu-bata,” katanya. 

Rambah berkata, masalah timbul apabila kedainya roboh kerana angin kuat dan 
keadaan itu menjejaskan sumber pendapatannya. 

“Ia membebankan saya kerana perlu melakukan kerja baik pulih. 

“Jika tidak merobohkan tiang batu, kedai saya mungkin boleh bertahan 
berpuluh-puluh tahun tetapi apabila memasang tiang besi, ia hanya mampu 
bertahan dua minggu sahaja,” katanya. 

Menurutnya, bahagian tepi kedai dan kedudukan tanah agak tidak rata, selain 
angin kuat memburukkan keadaan. 

“Saya bukan :golongan orang berada. Sekarang saya perlu menangguhkan perniagaan 
kerana tiada duit membina semula bahagian depan kedai. 

“Dahulu, saya bina tiang batu dengan kos RM2,500 dan kini mahu membersihkan 
sisa runtuhan memerlukan kos RM800 pula,” katanya yang mempunyai dua anak. 

Sementara itu, Ramnah berkata, kejadian angin ribut itu berlaku jam 1 tengah 
hari ketika beberapa pelanggan menjamu selera. 

“Ketika kejadian, saya tiada di kedai kerana pulang ke rumah di Sungai Dua 
Kecil. Hanya ada pekerja dan seorang anak. Secara tiba-tiba sahaja, angin kuat 
lalu merobohkan tiang besi yang baru sahaja diganti beberapa minggu lalu. 

“Keadaan tanah yang senget dan bebanan kayu yang berat menyebabkan tiang besi 
mudah tumbang. Mujur tiada kecederaan berlaku kerana pelanggan sempat melarikan 
diri,” katanya. 

Dalam pada itu, Ramnah turut merayu mana-mana agensi mahupun sesiapa yang sudi 
menghulurkan bantuan membaik pulih kedainya kerana mengalami kesempitan wang. 
   
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8677286.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke