Kesian nasib Orang Asli yang memeluk agama Islam di Negeri Sembilan ni, di 
Jelebu pula tu. Mungkin Dato Jeneral Jamil Khir selepas pilihanraya di DUN 
Tenang dan DUN Merlimau boleh datang DUN Klawang atau Parlimen Jelebu lepas tu 
dengan semua kakitangan JAKIM untuk memberi kefahaman Islam kepada mereka ini.
         
TIADA USTAZ DATANG MENGAJAR 
Sinar Harian 26 Jan 2011

KUALA KLAWANG - Bantu dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar, kata Tok Batin 
masyarakat Orang Asli Kampung Kelaka, Aden Geboi. 

Beliau berkata demikian apabila memikirkan keadaan anak buahnya yang memeluk 
agama Islam ketandusan ilmu agama. 

Walaupun beliau tidak seagama namun tanggungjawab memastikan anak buahnya yang 
memeluk Islam perlu dijalankan sebaiknya. 

Aden berkata, sebelum ini, ada ustaz datang mengajar agama di surau berdekatan, 
namun sejak tujuh bulan lalu, mereka tidak datang lagi. 

"Ustaz berkenaan datang mengajar mengaji, ilmu Fardu Ain dan sebagainya kepada 
Orang Asli yang memeluk Islam. 

"Perkara ini penting dan perlu diberi penekanan serius agar mereka tidak hanyut 
akibat tidak dibimbing dengan baik dan sempurna," katanya ketika ditemui Sinar 
Harian di sini. 

Beliau berkata, seramai 17 masyarakat Orang Asli di sini, memeluk Islam dan 
mereka perlu diberi tunjuk ajar yang sewajarnya dari masa ke semasa. 

"Sebelum ini, saya sudah mengajukan masalah berkenaan kepada beberapa pemimpin 
tempatan namun sehingga kini tidak tahu apakah tindakan yang diambil. 

"Oleh itu, diharap pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dapat turun padang ke 
kawasan ini bagi membimbing masyarakat Orang Asli di sini," katanya. 

Menurutnya, banyak perkara yang perlu mereka ketahui terutama isu berkaitan 
pengurusan jenazah, ilmu rumah tangga, pembahagian harta dan sebagainya. 

"Ilmu seperti ini perlu diterapkan sebaiknya agar masyarakat Orang Asli yang 
beragaman Islam dapat mengamalkan ajaran, selain mengelakkan mereka terpesong," 
katanya. 

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8678449.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke