Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah mengosongkan 2 buah rumah di 
Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kerana tidak dapat 
membeli rumah-rumah berkenaan setelah tempoh yang diberikan oleh pemaju dan 
penyewa rumah berakhir. 

Namun begitu, YKSNS bersyukur ke hadrat ALlah swt dan berterima kasih kepada 
sesiapa sahaja yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas bagi memastikan 
pembelian rumah No. 1 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan 
menjadi kenyataan. Sumbangan yang diterima telah digunakan sebagai wang 
pendahuluan dan kos guaman bagi membiayai pembelian rumah berkenaan. Kami redha 
dengan ketentuan Allah swt.

Walau bagaimanapun, pada waktu ini berlaku peningkatan dalam permintaan untuk 
menggunakan rumah tersebut menyebabkan kami terpaksa menempatkan mereka di 
rumah-rumah papan ( bekas kuaters kerajaan) yang perlu pembaikpulihan lagi. 
Keadaan rumah tersebut memerlukan pembaikpulihan dan melengkapkan kemudahan 
asas. Diharapkan dengan adanya Pusat Kegiatan Saudara Kita, mereka yang 
memerlukan perlindungan akan menjadi lebih mudah dan kerja kami menjadi ringan. 

Pusat Kegiatan Saudara Baru hendaklah mempunyai pengurusan kerja yang mantap 
dan bersedia untuk berkhidmat 24 jam kepada masyarakat terutama rakyat Negeri 
Sembilan dan umat Islam khasnya. Pusat ini diharapkan dapat menjadi pelengkap 
kepada tugas dan tanggungjawab yang dijalankan oleh NGO selama ini. Selain 
daripada itu, pusat ini hendaklah menjalin kerjasama rapat dengan NGO 
selanjutnya menjadi stesen pemangkin gerakan kebajikan dan dakwah di Negeri 
Sembilan. Didoakan semoga diterajui oleh mereka yang mesra masyarakat, mesra 
NGO dan mesra rakyat. 

Pembinaan PKSB ini merupakan suatu kejayaan kita. Lebih-lebih lagi reka 
bentuknya bertujuan untuk memaparkan keuniversalan Islam dengan mengambil seni 
bina masyarakat cina sebagai tema sudah tentu bakal membuka ruang dan peluang 
kepada masyarakat cina untuk membuka mata terhadap keterbukaan Islam menghadapi 
keadilan dan kesaksamaan di mana status seseorang manusia bukan ditentukan 
dengan keturunan, bangsa, bahasa, kekayaan ataupun warna kulit melainkan hanya 
dengan nilai atau paras ketaqwaan semata-mata. 

YKSNS berbangga dengan adanya PKSB untuk menyediakan ruang dan peluang kepada 
saudara baru untuk memantapkan pengetahuan agama, meningkatkan kehidupan semasa 
dan menjadi contoh teladan kepada diri dan masyarakat.

Sudah pasti ini adalah salah satu tanggungjawab Baitul Mal dalam usaha membela 
golongan asnaf sesuai benar dengan fungsi dan kewujudannya. Hasilnya adalah 
agama diimarakkan, semoga dengan izin Allah swt lebih ramai orang terbuka hati 
dan memperolehi hidayah untuk menganut agama Islam seterusnya beramal dengannya.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya usaha-usaha ini mendapat keberkatan Allah 
swt.

Wednesday, January 26, 2011

Sumber : 
http://yksnegerisembilan.blogspot.com/2011/01/kompleks-masjid-tok-muar-kuala-pilah.html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke