Jamilah Kamarudin - Free Malaysia Today
January 26, 2011 

Afidavit tersebut mengandungi butiran latar belakang tanah milik peneroka Felda 
Sendayan dan nilainya sebelum diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan secara 
paksa.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menerima rayuan permohonan afidavit 16 
peneroka Felda Sendayan, Negeri Sembilan untuk dikemukakan dalam perbicaraan 
penuh berkaitan kes tuntutan pampasan pengambilan tanah mereka di Mahkamah 
Tinggi Seremban.

Afidavit tersebut mengandungi butiran latar belakang tanah milik peneroka Felda 
Sendayan dan nilainya sebelum diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan secara 
paksa dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 untuk tujuan 
pembangunan.

Panel Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Nihrumala M K Pillay  dan Datuk 
Ramly Ali dalam penghakimannya berkata mana-mana pemohon (peneroka) mempunyai 
hak untuk memasukkan keterangan dan bukti sendiri dalam kes mereka.

“Ini negara demokrasi. Tiada sesiapa yang boleh menghalang pemohon untuk 
memasukkan butiran keterangan dan bukti dalam permohonan kes mereka sendiri,” 
kata Suriyadi.

Sehubungan itu hakim memerintahkan responden, Pentadbiran Tanah Seremban yang 
diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Datuk Ishak Suhaimi membayar 
kepada mahkamah kos pengurusan sebanyak RM20,000.

Rayuan terbabit dikemukakan setelah Mahkamah Tinggi Seremban pada 3 November 
tahun lalu menolak permohonan afidavit tersebut yang difailkan dalam kes 
menuntut bayaran pampasan seluas kira-kira 9 ekar tanah bagi setiap peneroka 
dengan kadar minimum RM3 kaki persegi.

“Kita mahu kemukakan bukti bahawa harga asal tanah mereka adalah RM3 bagi 
setiap kaki persegi dan bukannya lebih rendah daripada apa yang ditawarkan 
kerajaan negeri sekarang,” kata peguam yang mewakili peneroka, Faiz Fadzil  
ketika ditemui pemberita diluar mahkamah.

Katanya, peneroka kini peluang berpeluang besar memenangi kes di Mahkamah 
Tinggi Seremban memandangkan afidavit tersebut penting bagi mereka untuk 
kemukakan tuntutan bayaran yang lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan 
kerajaan negeri, iaitu antara RM1.70 sen sehingga RM1.90 bagi setiap kaki 
persegi.

“Afidavit ini nanti akan difailkan dalam pengurusan kes yang ditetapkan di 
Mahkamah Tinggi Seremban 7 Februari depan,” katanya.

Salah seorang peneroka, Daud Idris berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri 
Sembilan (PKNNS) pada tahun 1996 mahu mengambil setiap sembilan ekar tanah – 
tujuh  ekar tanaman getah dan dua ekar kelapa sawit -  untuk projek industri 
aeroangkasa dengan jumlah nilai kira-kira RM1.2juta, namun dibantah.

Sepuluh tahun kemudian, Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih 
pengurusan tanah daripada PKNNS dan menukar cadangan mahu membangunkan tanah 
terbabit kepada projek perumahan dan perindustrian.

“MBI menawarkan kami pampasan dengan harga yang sama seperti yang ditawarkan 
PKNNS dulu, tapi dengan bentuk sebuah banglo bernilai kira-kira RM200,000, dua 
ekar tanah perindustrian bernilai RM200,000 setiap ekar), serta wang tunai 
RM400,000 tetapi kami tetap tolak kerana mendapati wujud unsur penipuan dalam 
pampasan itu,” katanya.

Disebabkan keengganan sekumpulan peneroka itu, Daud berkata kerajaan negeri 
akhirnya menggunakan APT 1960 memaksa mereka menjual tanah mereka dengan harga 
yang lebih rendah seperti yang pernah ditawarkan dulu dan dipaksa menerima 
deposit pampasan sebanyak 10 peratus.

“Disebabkan kemelut ini, ada antara kami yang kehilangan pekerjaan sejak 10 
tahun lalu,” kata Daud.

Sementara itu, Faiz berkata walaupun kerajaan mempunyai hak menggunakan APT 
1960 mengambil tanah peneroka, tetapi tiada peruntukan dalam akta terbabit yang 
memberi kuasa mandatori kepada kerajaan negeri menentukan harga pampasan tetap 
bagi setiap tanah yang diambil.

“Harga tanah mereka sebenarnya boleh mencecah sehingga RM5.76 kaki persegi 
mengikut pasaran swasta. Jadi tidak adil bagi peneroka ini jika mereka terima 
harga yang ditawarkan kerajaan negeri sekarang,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/26/peneroka-felda-sendayan-peroleh-afidavit-harga-pengambilan-tanah/
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke