Sungai Timun terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Ahli Parlimen Rembau ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia , YB Khairy Jamaluddin, orang Rembau, DUN Kota, mengundi di Sekolah Agama Gadong. Dah lama sangat nelayan Melayu di Sungai Timun ini menghadapi pelbagai masalah. Tapi, sonyap jo, almaklumlah kawasan Selamat UMNO , Dulu, Kini dan Selamanya. Kalau kawasan Rembau pun tak terjaga, apa lagi di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN apa lagi lepas ni.
JETI PANGKALAN NELAYAN RUNTUH Sinar Harian 27 Jan 2011 SUNGAI TIMUN, Rembau - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai. Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh. Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan. “Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya kepada Sinar Harian. ************ NELAYAN KECEWA KERJA NAIK TARAF Sinar Harian 30 Julai 2010 SUNGAI TIMUN, Rembau - Ahli Persatuan Nelayan Sungai Timun melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan projek menaik taraf kawasan teduhan kedua berikutan timbul beberapa masalah sehingga mengganggu aktiviti harian nelayan. Pemangku Sementara Persatuan Nelayan Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, teduhan kedua dibina disebabkan jumlah bot nelayan semakin bertambah. Teduhan berbumbung itu berfungsi sebagai tempat meletak bot nelayan dan mengelakkan bot ditenggelami air terutama ketika hujan lebat. ************ MENARA CONDONG Berita Harian 28 Mei 2010 Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai. Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter. ************ SUMBER DITARAH, NELAYAN TERJEJAS Sinar Harian 1 Feb 2010 LUBOK CHINA - Kewujudan sempadan Sungai Linggi dan Timun sempadan Melaka-Negeri Sembilan membantu kira-kira 300 nelayan meneruskan pencarian sumber rezeki setiap hari. Walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di sungai tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ. Tinjauan Sinar Harian kedua sungai tersebut mendapati, rata-rata nelayan, terutama di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Rembau, Negeri Sembilan kecewa dengan penebangan hutan bakau di sekitar Sungai Linggi - Sungai Timun. Mereka mendakwa, hutan bakau mula diterokai sebuah syarikat swasta dilantik Kerajaan Negeri Sembilan bagi memajukan kawasan tersebut sebagai pembangunan pelancongan baru. Sumber : http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8681665.asp http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8007950.asp http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/nelayan-kecewa-kerja-naik-taraf.html http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6523743.asp http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/02/nelayan-melayu-rembau-tertindas-hutan.html http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Menaracondong/Article http://amkns.blogspot.com/2010/05/dulu-projek-runtuh-sekarang-condong.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

