Ibu lima anak rayu bantuan
Sinar Harian 2 Feb 2011 

JOHOL – Seorang warga emas lima anak, Hasnah Yusuf, 64, terpaksa meneruskan 
kehidupan dengan tinggal di rumah pusaka berusia lebih 40 tahun yang sudah 
usang dan dinding dimakan anak-anak, sementara bumbung pula bocor. 

Hasnah berkata, setiap kali hujan, besen dan baldi sudah tersedia untuk menadah 
air yang menitik. 

“Sedih juga dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi kerana belum mendapat bantuan 
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekadar memperoleh RM100 daripada 
Baitulmal. 

“Saya terpaksa tinggal di rumah ini kerana tiada rumah lain. Lagipun saya sudah 
biasa dengan keadaan ini. Walaupun rasa kurang selesa, apa boleh buat kerana 
ini sahaja tempat yang ada, selain tiada pendapatan tetap,” katanya ketika 
ditemui di rumahnya di Kampung Kabong. 

Menurutnya, walaupun mempunyai anak tetapi mereka mempunyai kehidupan 
masing-masing dan hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa. 

“Bukan tidak pernah mohon bantuan lain tetapi masih tidak mendapat maklum 
balas, seperti menunggu buah yang tidak gugur. 

“Begitu juga dengan permohonan baik pulih rumah. Sehingga kini masih belum ada 
apa-apa keputusan sedangkan beberapa pihak telah mengambil gambar dan melihat 
keseluruhan rumah ini,” katanya. 

Hasnah berkata, tidur malamnya sering terganggu kerana kadang-kadang terkena 
titisan air hujan daripada bahagian bumbung yang bocor dan membasahi ruang 
bilik yang menjadi tempat tidurnya. 

“Saya risau kerana sekarang musim tengkujuh dan kerosakan pada bumbung rumah 
pula sudah semakin teruk,” katanya. 

Sinar Harian difahamkan Hasnah yang kematian suami tidak menerima pencen kerana 
suaminya bersara lebih awal sebagai tentera.  
   
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8705048.asp 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke