Penduduk di sembilan kampung di kawasan mukim Tembeling, Kuala Tahan dekat sini 
termasuk tanah rancangan FELCRA pasrah menunggu bekalan air bersih walaupun 
paip utama Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah tersedia sejak dua tahun lalu tetapi 
masih tidak boleh digunakan.

Tiada air
Berita Harian 2 Feb 2011

Mohamad menunjukkan tanda paip utama Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang siap 
dipasang tetapi masih tidak boleh digunakan mukim Tembeling, Kuala Tahan.
Penduduk mukim Tembeling mahu JBA bertindak 

JERANTUT: Penduduk di sembilan kampung di kawasan mukim Tembeling, Kuala Tahan 
dekat sini termasuk tanah rancangan FELCRA pasrah menunggu bekalan air bersih 
walaupun paip utama Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah tersedia sejak dua tahun 
lalu tetapi masih tidak boleh digunakan. 

Nasib kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Kuala Tahan, Kampung Gol, Kampung 
Teresek, Kampung Belebau, Kampung Tekah, Kampung Tuit, Kampung Padang, Kampung 
Gol dan Perumahan Felcra Tembeling Tengah diibaratkan menanti buah yang tidak 
gugur. 

Ini berikutan pemasangan paip utama itu masih belum boleh disalurkan kepada 
kira-kira 500 rumah, 18 chalet, dua sekolah, masjid, lima surau dan beberapa 
bangunan kerajaan dan agensi kerajaan di situ. 

Tinjauan Edisi Wilayah mendapati penduduk di kawasan itu hanya dapat 
memerhatikan saluran paip di rumah masing-masing seperti barang perhiasan yang 
menyakitkan hati. 

Penduduk Kampung Tekah, Azman Hassan, 36, berkata paip utama yang siap dipasang 
hampir dua tahun lalu masih tidak boleh menyalurkan air ke rumah. 

“Kadang kala apabila melihat paip yang sedia ada untuk digunakan tetapi hanya 
sekadar hiasan sungguh menyakitkan hati dan sampai bila kami terpaksa 
menanggung masalah ini walaupun semua kemudahan sudah ada,” katanya. 

Penduduk Kuala Tahan, Azizi Kamaruzaman, 30 , berkata JBA sepatutnya dapat 
menyegerakan bekalan air bersih ke kawasan berkenaan kerana sudah menyediakan 
paip utama dan saluran paip. 

"Mereka tidak sepatutnya memberi sebarang alasan untuk membekalkan air kepada 
kami. Perkara ini tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang rumit. Jangan 
menganggap kami tidak tahu menahu perkara sebegini,” katanya. 

Seorang lagi penduduk Kuala Tahan, Mohamad Abdullah, 57, berkata mereka memang 
berharap JBA menyegerakan bekalan air bersih ke rumah mereka kerana sudah 
sekian lama menggunakan air bukit yang disekat untuk dijadikan seperti empangan 
kecil tetapi kadang kala tergendala terutama musim kemarau. 

“Apakah kami memerlukan masa sehingga 50 tahun lagi untuk merasai nikmat 
kemudahan yang sudah lama orang lain kecapi,” katanya. 

Sementara itu, pengusaha chalet, Zainuddin Daman, berkata pihaknya mengharapkan 
bekalan air dan berharap pihak berwajib menyegerakan usaha itu kerana selain 
menjamin keselesaan pelancong, ia juga meningkatkan kehadiran pelawat. 

Penduduk Perumahan Felcra, Zamri Mat Amin, 44, berkata isu itu pernah dirujuk 
ke pihak berwajib, tetapi dimaklumkan projek berkenaan belum diserahkan 
kontraktor kepada pentadbiran daerah. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tiadaair/Article 
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke