SAYA adalah bapa kepada seorang murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Kayaman, 
Perlis. Saya terpanggil untuk meluahkan perasaan kecewa kerana projek tambahan 
bangunan empat tingkat sekolah itu yang telah terbengkalai sejak tahun 2010 
tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berwajib. Projek itu sepatutunya 
siap pada Mac 2010.

Kisah sebelum ini Muhyiddin Gagal Selesai Isu Sekolah Tumpang di 
http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html dan 
Silap Cetak Buku Teks di 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/kementerian-muhyiddin-buat-silap-lagi.html 

Projek SK Dato' Kayaman dibiar terbengkalai
Utusan Malaysia 3 Feb 2011 
 
KEADAAN bangunan tambahan SK Dato' Kayaman yang masih terbengkalai pembinannya 
sehingga kini. 
----------------------------------------------

SAYA adalah bapa kepada seorang murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Kayaman, 
Perlis. Saya terpanggil untuk meluahkan perasaan kecewa kerana projek tambahan 
bangunan empat tingkat sekolah itu yang telah terbengkalai sejak tahun 2010 
tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berwajib. Projek itu sepatutunya 
siap pada Mac 2010.

Saya tidak pasti apakah masalah yang timbul disebabkan oleh pemilihan pemaju 
yang tidak dilakukan dengan betul atau pemaju bermasalah. Kalau tidak cukup 
peruntukan, mustahil projek yang sama boleh diteruskan di tempat lain. 
Anak-anak kami sudah lebih setahun berada dalam keadaan yang kurang selesa, 
begitu juga nasib guru-guru. 

Banyak bilik khas telah dirobohkan seperti bilik guru, bilik sains, serta 
beberapa buah bilik darjah untuk membina bangunan baru yang lebih selesa. Namun 
semuanya bagaikan sebuah mimpi. 

Bangunan tambahan yang diharapkan dapat memberi semangat dan sinar baru, dengan 
siap menurut jadual, kini bagaikan 'gajah putih' yang menyakitkan mata 
memandang.

Keadaan prasarana sekolah yang tidak selesa dan ruang yang telah mengecil 
banyak mengundang masalah kepada pengajaran dan pembelajaran serta masalah 
keselamatan kepada murid dan guru. 

Konsep 'Sekolah Selamat' yang sering dilaungkan oleh pihak kementerian rasanya 
tidak mencapai objektifnya. Anak saya memberitahu, guru-guru merungut mengenai 
keadaan semak dan ular yang sering muncul di tapak bangunan yang tidak siap. 

Saya harap pihak Jabatan Pelajaran Perlis dan Kementerian Pelajaran Malaysia 
(KPM) atau mana-mana pihak yang rasa bertanggungjawab tolong bertindak segera 
dan turun padang untuk melihat masalah ini. Sampai bila hendak biarkan projek 
jutaan ringgit ini terbiar dan berlumut.

Jangan biarkan nasib generasi kita tergadai dengan masalah sebegini sedangkan 
anak-anak dan para guru perlukan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat 
serta masa depan yang lebih cemerlang.

WARIS PRIHATIN
Perlis
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 

Apa jadi Jawatankuasa Khas?
Utusan Malaysia 3 Feb 2011 

TELAH hampir setahun penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji beban tugas 
berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, diumumkan Timbalan 
Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pengumuman ini merupakan perkhabaran gembira buat seluruh guru. Namun sehingga 
kini para guru masih menanti dengan penuh debaran kerana tiada sebarang 
perkembangan berkaitan penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut.

Apa yang para guru ingin tahu ialah apakah metadologi kajian yang akan atau 
telah digunakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut? Sekiranya melalui kaji 
selidik, mengapa tiada sebarang borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru? 
Sekiranya metadologi temubual digunakan, bilakah masanya para guru akan diberi 
peluang menyatakan masalah mereka? 

Atau sekiranya kajian dilakukan menggunakan teknologi terkini, apakah nombor 
telefon khas atau emel jawatankuasa khas tersebut yang boleh para guru hubungi. 
Atau adakah jawatankuasa khas tersebut akan menggunakan teknologi paling 
terkini iaitu kaedah pemerhatian yang digabungkan dengan teknik remote control?

Namun sehingga kini nampaknya tiada sebarang penyelesaian terhadap permasalahan 
tersebut, sebaliknya yang timbul ialah ‘lebih kerja’ untuk guru.

Terbaharu, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan 
yang sememangnya bertujuan murni bagi mencungkil potensi pelajar. Namun 
malangnya pihak pentadbiran sekolah yang mahu cepat menjadi pengetua atau guru 
besar cemerlang barangkali, terus cuba mengimplementasi 1Murid 1Sukan 
seolah-olah Sekolah Kebangsaan (SK) adalah sekolah sukan!

Tidak ada satu garis panduan khusus untuk melaksanakannya. Segalanya bergantung 
kepada pihak pentadbiran sekolah. Mungkin lebih wajar sekiranya waktu 
pembelajaran sedia ada pada hari-hari tertentu dianjalkan bagi memberi ruang 
kepada satu atau dua waktu program 1Murid 1Sukan. Malangnya kebanyakan sekolah 
mengambil tindakan yang paling popular iaitu guru-guru kena datang waktu petang 
untuk menjayakan 1Murid 1Sukan. 

Para guru sebenarnya sudah tidak kisah untuk pulang lewat setiap petang kerana 
selepas bersukan dan berko-kurikulum dengan murid-murid sehingga lewat petang, 
guru-guru akan menjadi semakin cergas. Pada sebelah malamnya ramai guru merasa 
amat bertenaga untuk menyemak buku nota dan buku latihan pelajar. 

Anak-anak pula, kebanyakan guru tidak mempunyai anak untuk dididik. Bagi guru 
yang mempunyai anak pula, anak mereka akan diserahkan pula kepada masyarakat 
setempat untuk dididik sebagai balasan guru mendidik anak masyarakat pada 
sebelah siangnya.

Guru-guru amat mengharapkan sesuatu yang positif daripada jawatankuasa khas 
tersebut agar permasalahan beban kerja guru dapat diselesaikan dan guru kembali 
menjadi pendidik yang sebenar-benarnya. Permasalahan ini seharusnya 
diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ia membazirkan masa para guru dan 
merugikan pelajar.

Justeru para guru seluruh negara amat mengharapkan agar satu transformasi dalam 
profesyen perguruan akan diumumkan.

NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah, Kedah
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke