Nampaknya kes polis tertembak dengan pistol dan kes mengati mengejut ini 
berulang lagi. Kembalilah kepada Islam keseluruhannya. Semua pihak harus 
mempergiatkan usaha dakwah dengan bersungguh-sungguh dengan cara yang berhemah. 
Padatkan masjid dan surau dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Berbaktilah 
kepada kedua ibu bapa dan sayangilah anak-anak. Hidup di dunia sekelip mata, 
hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Kisah Sub Inspektor dan Sarjan Mejar mati tertembak di Jelebu dan Seremban 
sebelum ini 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-15-tahun-langgar-mati-warga-emas.html 

Anggota polis maut ditembak di kepala
Utusan Malaysia

KUALA SELANGOR 2 Feb. 2011 - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui 
mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini 
hari ini.

Mayat Mat Saini Omar, 50, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu 
Pejabat Polis Daerah Shah Alam ditemui tersandar berlumuran darah di tepi 
kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu oleh orang awam yang lalu di tempat 
kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.

Kenderaan bernombor BGY 9676 didaftarkan atas nama isterinya yang merupakan 
seorang kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, turut 
ditemui di sisi mayat Mat Saini ialah sepucuk pistol jenis .38 'Smith & Wesson'.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, anggota polis itu mati akibat tembakan 
dari sebelah kiri kepalanya dan tembus ke kanan menggunakan sebutir peluru 
daripada pistol tersebut yang merupakan miliknya.

"Buat masa ini, kes tersebut disiasat sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, 
kita akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dan mengenal 
pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.

"Semuanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya ketika 
ditemui di tempat kejadian.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan; Ketua Polis 
Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob dan pegawai-pegawai kanan 
polis dari Shah Alam turut melawat tempat kejadian.

Mohd. Taib memberitahu, mangsa, Mat Saini yang merupakan anak jati Tanjung 
Karang telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 25 
tahun.

Katanya, mangsa yang tidak mempunyai masalah disiplin di tempat kerja 
sepatutnya bertugas pagi ini.

Tambahnya, mayat bapa kepada empat orang anak itu dihantar ke Hospital Tanjung 
Karang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas berhampiran tempat 
kejadian berkata, dia hanya terdengar bunyi satu das tembakan.

Saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu, curiga dengan bunyi tembakan 
itu, dia kemudian membuat rondaan dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki 
bersandar dalam keadaan berlumuran darah berhampiran sebuah kereta Proton Wira.

"Kawasan ini memang sunyi dan agak jarang dilalui oleh kenderaan dan sebab itu 
saya boleh terdengar bunyi das tembakan.

"Sebaik sahaja sampai, saya nampak pintu dan bonet kereta ini terbuka 
seolah-olah rosak tetapi sebaik sahaja menghampirinya, saya nampak seorang 
lelaki dalam keadaan berlumuran darah," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm&arc=hive
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke