Dah lama betul penduduk Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang minta 
baiki masjid mereka yang nak roboh ni. Dah berapa kali keluar Utusan keluhan 
mereka tak tahulah. Tak juga dibaiki masjid di sini. Yang dapat ialah Kereta 
Kabel di Batu Caves, RM500,000 untuk Tokong di Tenang, Johor. Agaknya nak 
tunggu wakil rakyat kawasan ni mati baru nak baiki masjid ni. Gereja terbakar 
di KL pun rasanya dapat RM500,000

Utusan Malaysia 4 Feb 2011
SEGERA BINA MASJID DAN JALAN BERTURAP

Saudara pengarang,

SAYA merupakan bekas ketua kampung yang mewakili seramai 800 penduduk Kampung 
Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut.

Kami meminta kerajaan negeri melaksanakan segera beberapa kemudahan asas 
penempatan di kampung ini supaya tidak tersisih daripada pembangunan sejak 
negara mencapai kemerdekaan.

Selain Kampung Kuala Sat, kampung-kampung lain yang turut memerlukan perhatian 
kerajaan negeri ialah Kampung Benih, Kampung Baru, Kampung Olak Koh, Kampung 
Belutin dan Kampung Jipang. 

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri ialah 
pembinaan jalan kampung sejauh tujuh kilometer, padang permainan dan rekreasi, 
masjid serta penempatan semula penduduk Kampung Jipang di bawah Jawatankuasa 
Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kuala Sat.

Semasa diamanahkan sebagai ketua kampung 15 tahun lalu, banyak kali saya 
memohon kemudahan asas kepada pihak kerajaan negeri dan pentadbiran daerah 
Jerantut tetapi tidak berhasil.

Malah ada permohonan yang tertangguh tanpa alasan yang memuaskan. 

Kemudahan paling utama bagi kariah Kampung Kuala Sat yang perlu diberi 
perhatian serius oleh kerajaan negeri ialah pembinaan masjid baru dan jalan 
kampung.

Kami begitu sedih melihat keadaan masjid kayu berusia 50 tahun yang uzur dan 
hampir roboh yang sepatutnya diganti baru.

Bagaimanapun tiada tanda-tanda ada projek pembinaan baru walaupun banyak kali 
permohonan dibuat.

Penduduk Kuala Sat juga kecewa kerana kerajaan negeri tidak melaksanakan projek 
jalan kampung sejauh tujuh kilometer sehingga kesukaran petani membawa hasil 
kampung ke jeti untuk dipunggah ke dalam bot penambang Sungai Tembeling untuk 
dipasarkan ke bandar Jerantut.

Sehubungan itu, saya merayu kerajaan negeri menyegerakan projek pembinaan 
masjid baru kerana salah seorang penduduk di sini sudah mewakafkan tanahnya 
untuk tujuan itu.

Sebenarnya tidak ada alasan lagi pihak berwajib untuk menangguhkan projek 
tersebut.

Begitu juga jalan kampung perlu diturap untuk kemudahan penduduk membawa hasil 
kampung ke jeti dan keselesaan untuk keluar berbelanja menaiki bot penambang ke 
bandar Jerantut.

Sayugia diingatkan, perkara berkenaan tidak perlu terlepas pandang walaupun 
banyak projek infrastruktur ditaburkan di tempat lain.

Penduduk Kuala Sat menagih janji pihak berwajib berasaskan manifesto kepimpinan 
kerajaan negeri yang mahu mengubah kehidupan penduduk pedalaman Hulu Tembeling.

SIDEK MAHUSIN Bekas Ketua Kampung Kuala Sat, Jerantut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm
 

Kisah masjid ini sebelum ini di PAHANG, JUARA MASJID ROBOH pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.html

Juga artikel MAKIN RAMAILAH RAKYAT DOAKAN WAKIL RAKYAT MEREKA MATI di 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html 

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH 
BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI 
PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke