PENGKALAN SUNGAI TIMUN TIDAK TERURUS Sinar Harian Feb 2011 Sungai Timun adalah tempat menarik untuk memancing udang galah. Tetapi saya sekeluarga agak kecewa dengan keadaan di pengkalan Sungai Timun yang tidak terurus. Sampah bertaburan, rumput panjang dan keadaan jeti yang hampir roboh. Minta pihak berkenaan memantau keadaan ini sebelum berlaku perkara yang diingini. - TUAH KECEWA
JALAN BARU SUDAH RETAK Kenapa jalan raya yang baru dibina di Kampung Sungai Timun Negeri Sembilan retak dan mendap? Projek berjuta-juta tetapi kenapa begitu kualitinya? Bila merekah, pihak kontraktor tampal dan ini akan berlaku sampai bila? Jalan raya yang baru ini belum sampai tiga bulan dirasmikan. Kenapa tiada tindakan diambil? - PENDUDUK HAMPA http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/ Kisah Nasib malang Nelayan Melayu di negeri tegar UMNO BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/nasib-malang-nelayan-melayu-di-negeri.html Sungai Timun terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Ahli Parlimen Rembau ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia , YB Khairy Jamaluddin, orang Rembau, DUN Kota, mengundi di Sekolah Agama Gadong. Dah lama sangat nelayan Melayu di Sungai Timun ini menghadapi pelbagai masalah. Tapi, sonyap jo, almaklumlah kawasan Selamat UMNO , Dulu, Kini dan Selamanya. Kalau kawasan Rembau pun tak terjaga, apa lagi di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN apa lagi lepas ni. RM15.8 JUTA NAIK TARAF JALAN SUNGAI TIMUN Utusan Malaysia REMBAU 21 Mei 2009 - Jalan Kampung Sungai Timun di sini akan dinaik taraf dengan kos kira-kira RM15.8 juta dalam usaha menyediakan kemudahan selesa kepada masyarakat setempat selain membangunkan industri pelancongan di kawasan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha melebar dan meratakan jalan sepanjang 2.9 kilometer yang menghubungkan Sungai Timun dengan pangkalan kampung nelayan di situ kelak akan memudahkan urusan keluar masuk nelayan. ''Jalan tersebut memang dikenalpasti perlu dinaik taraf kerana Sungai Timun kini menjadi salah satu produk pelancongan negeri ini. ''Sebelum ini, sudah ada hotel atau resort yang membawa pelanggan-pelanggan mereka ke kawasan itu. Masalah yang dihadapi adalah jalan yang sempit dan menyusahkan kenderaan terutama bas atau lori keluar masuk,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek naik taraf jalan tersebut baru-baru ini. Katanya, jalan selebar dua meter itu akan diluaskan kepada enam meter supaya semua kenderaan boleh menggunakannya. Mohamad menambah, projek naik taraf jalan tersebut diharapkan akan membuka lebih banyak ruang ke arah pembangunan kawasan berkenaan. "Kita berharap selepas jalan ini siap, ia dapat memberi imej kepada kawasan tersebut sebagai salah satu produk pelancongan berpotensi besar dan Sungai Timun ini akan menerima lebih banyak pelancong luar," katanya. Tambah beliau, kerajaan negeri melalui peruntukan diberikan akan memastikan seluruh rakyat negara ini termasuk di kawasan pedalaman mendapat kemudahan selesa. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

