Apakah rakyat Malaysia akan mengikut jejak langkah rakyat Tunisia, Mesir dan 
Yaman? Jangan tunggu sampai jadi begitu, nanti semua orang susah. Selesaikan 
penderitaan pelajar-pelajar kita di IPT dalam Malaysia ini. Pemimpin jangan 
bermewah-mewah, rakyat derita, papa kedana, hutang keliling pinggang.

Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM
KOSMO 5 Feb 2011 

KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta 
mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung 
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.

Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran 
peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia 
(PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan 
mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.

"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di 
seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan 
menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN 
juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan 
pembayaran sewa tempat tinggal.

"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana 
terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang 
selama satu semester," jelasnya.

Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian 
tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.

"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah 
cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan 
buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.

"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para 
pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka 
mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.

Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan 
mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
 

JANGAN TUNGGU SAMPAI RAKYAT MARAH DAN MEMBERONTAK
Utusan Malaysia 5 Feb 2011 

APABILA rakyat sudah mula marah akibat kesempitan hidup dan sudah bosan dengan 
pemerintahan kuku besi, maka banyak perkara buruk akan berlaku. Itulah yang 
terjadi di Tunisia, apabila rakyat bangkit memberontak sehingga membawa kepada 
tumbangnya kerajaan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, yang terpaksa membawa 
diri ke Arab Saudi untuk mendapatkan perlindungan.

Apa yang aneh dalam tunjuk perasaan di Tunisia, Algeria, Yemen, Jordan, Syria 
dan Mesir ialah pemberontakan rakyat bukanlah kerana faktor politik ataupun 
kudeta tentera tetapi ia didorong oleh faktor ekonomi semata-mata.

Ia berpunca apabila rakyat mula menjadi marah akibat 'kebuluran' dan terpaksa 
menjalani kehidupan yang sukar selama berdekad-dekad di bawah pemerintahan 
kerajaan kuku besi, ketiadaan pekerjaan dan tidak ada pembangunan serta 
peluang-peluang ekonomi yang adil.

Keadaan ini semakin memuncak sejak kebelakangan ini berikutan kenaikan harga 
barangan yang melonjak, harga minyak yang melambung kesan kemelesetan ekonomi 
global dan inflasi yang semakin tinggi.

Pada masa yang sama, perasaan tidak puas hati yang membelenggu rakyat jelata 
selama berdekad-dekad akibat penindasan kerajaan, gejala rasuah yang 
berleluasa, penyelewengan di kalangan ahli politik dan pegawai atasan kerajaan 
meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap pemimpin sehingga mendorong mereka 
untuk bangkit memberontak.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah manifestasi kebencian rakyat sudah 
sampai ke kemuncaknya. 

Seluruh dunia kini mengikuti perkembangan di Mesir dengan penuh minat dan 
prihatin dengan nasib penunjuk perasaan yang mempertaruhkan keselamatan mereka 
demi membawa perubahan yang sekian lama dinantikan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
 

PESERTA HIMPUNAN DISEMBUR, DITANGKAP  

KUALA LUMPUR, 4 Feb 2011 : Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan 
Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap 
pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah 
Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, 
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd 
Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir 
Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama 
himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk 
kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan 
watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid 
Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas 
selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta 
himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30697:peserta-himpunan-disembur-ditangkap&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke