Najib menjanjikan macam-macam kepada veteran tentera dan guru KAFA. Guru KAFA dijanjikan kenaikan elaun RM200 atau RM300 bermula Januari 2011, tapi masih belum dapat. Veteran tentera dijanjikan pelbagai manafaat, tapi janji tinggal janji. Adakah Najib hanya pandai berjanji tapi tak pandai tunaikan, atau ada pihak sengaja nak sabotaj Najib?
MANA KADAR BARU KHAIRAT KEMATIAN Utusan Malaysia 5 Feb 2011 SAYA ingin merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap sempena perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010. Beliau mengumumkan dua khabar gembira kepada kami veteran tentera iaitu sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 berbanding RM500 sebelumnya dan bayaran sagu hati kepada anggota yang cacat anggota badan dalam operasi sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat. Setakat ini, saya difahamkan cawangan Jabatan Hal Ehwal Veteran di negeri-negeri belum menerima sebarang arahan pembayaran terutama berkaitan sumbangan khairat kematian yang dikatakan berkuat kuasa serta-merta. Adalah diharapkan Perdana Menteri memastikan perkara ini dapat disegerakan kerana kebanyakan kami sudah berusia lebih 60 tahun. Takut ada di antara kami sudah tiada lagi. VETERAN HILANG UPAYA Ipoh, Perak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_07.htm Kisah sebelum ini BEKAS TENTERA JUMPA NAJIB BELUM DAPAT ELAUN di http://amkns.blogspot.com/2010/10/bekas-tentera-jumpa-najib-belum-dapat.html KISAH GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN BN DI http://amkns.blogspot.com/2011/01/pilihanraya-kecil-di-nsembilan-dah.html Utusan Malaysia 25 Okt 2010 SAYA adalah antara ribuan bekas tentera yang telah hadir ke perhimpunan raksasa yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas saya serta beberapa rakan telah menaiki LRT dari Stesen Sentul. Sambutan yang diberikan oleh bekas-bekas tentera amat menggalakkan. Tapi saya serta rakan- rakan amat kecewa kerana hanya bekas-bekas tentera yang menaiki bas yang disediakan oleh pihak PBTM sahaja yang mendapat ganjaran wang tunai. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm PM umum insentif baru untuk bekas tentera 10/10/2010 5:04pm BUKIT JALIL 10 Okt - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan khairat kematian kepada bekas tentera melalui Yayasan Veteran dinaikkan daripada RM500 kepada RM3,000. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan segera menyelesaikan tuntutan ex-gratia anggota tentera yang cacat anggota sebelum 1994. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini. - Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm&arc=hive Bekas tentera bakal terima dua insentif KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua insentif yang akan menggembirakan kira-kira 300,000 bekas anggota tentera yang selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan keamanan negara. Dua perkara itu ialah sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta. Selain itu, bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat. "Pasukan keselamatan sama ada yang masih dan berhenti berkhidmat kepada negara merupakan kumpulan masyarakat yang amat penting. Kerajaan memang menjaga kebajikan kumpulan ini mengikut kemampuan kewangan kita. "Semasa menjadi Menteri Pertahanan pada 2001, saya telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia dan sejak itu sebanyak RM197 juta dibelanjakan bagi membantu kebajikan bekas tentera. "Namun usaha ini perlu disemak mengikut kemampuan kewangan negara, tentu sekali jika kita mampu bantuan akan ditambah, sebab itulah hari ini saya umumkan dua insentif besar ini," katanya Najib mengumumkan demikian semasa berucap sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini. Hadir sama pada majlis yang julung kali diadakan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd. Ghani serta hampir 20,000 bekas anggota dan pegawai tentera dari seluruh negara. Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu bahawa terdapat kira-kira 2,000 anggota tentera yang cacat anggota kerana terlibat dalam pertempuran bermula pada zaman darurat hingga 1994. Katanya, kumpulan yang akan mendapat ex-gratia ini, senarai nama mereka akan dikemas kini oleh PBTM, JHEV dan Kementerian Pertahanan, pembiayaan sepanjang hayat mereka akan dibuat setelah Perdana Menteri menelitinya kerana ia melibatkan jumlah yang besar. Mengenai khairat kematian pula, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilaksanakan tanpa perlu menunggu Akta Veteran diluluskan dan JHEV telah diarahkan untuk membuat penelitian jumlah sebenar yang terlibat. "Komitmen Perdana Menteri itu merupakan penghargaan beliau dan kerajaan terhadap bekas anggota tentera, beliau amat memahami kesukaran yang terpaksa ditanggung apabila berlakunya kematian. "Berdasarkan kepada keadaan semasa, RM500 itu tidak mencukupi dan kenaikan ini memang sesuatu yang diharapkan oleh veteran tentera dan keluarga mereka. Harap ia dapat melega dan meringankan sedikit beban mereka," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

