Kita hendaklah berfikiran terbuka. Al maklumlah dunia tanpa sempadan sekarang. 
Kita mesti sedia dikritik dan mengkritik. Sedia memberi pandangan dan sedia 
mendengar pandangan orang lain. Mendengar pandangan orang lain tidak semestinya 
kita setuju dengan pandangan dia. Yang penting ialah usaha dakwah, usaha 
penerangan mesti diteruskan sepanjang waktu dan istiqamah. Tak guna nak 
kawal-kawal media, internet, twitter dan sebagainya.

Siapa yang bijak dan berhemah dalam usaha dakwah dan penerangan, insyaAllah 
akan diterima masyarakat secara global dan lokal , iaitu glokal.

Berbalik kepada tajuk Orang Islam Yang Sengaja Tinggal Sembahyang Wajib 
Dibunuh. Ini bukan ajaran baru, ajaran sesat, ajaran mazhab baru. Ini dari 
kitab lama, Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi terbitan Dewan Pustaka Fajar yang 
dijual secara sah di pasaran , di kedai-kedai buku.

Apakah dengan tajuk seperti ini maka orang Islam yang tidak sembahyang akan 
bangkit dalam tunjuk perasaan kerana menghina dan mengancam mereka? Apakah 
perlu diadakan perundingan agar buku ini ditarik dari pasaran? Diancam untuk 
dibakar buku ini macam Novel Interlok?

Bab hukum bunuh mereka yang sengaja tinggal sembahyang terdapat dalam kupasan 
Hadith ke 8 mukasurat 164-165 yang diterangkan oleh Ustaz Dato Haji Arshad 
Abdul Samad Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarih N.Sembilan pada kuliah Maghrib 
Jumaat 4 Feb 2011 di Surau Taman Alamanda, Senawang.

Tiga Imam Mazhab berpendapat mereka yang sengaja tinggal sembahyang wajib 
dibunuh iaitu Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad. Sementara Imam Hanafi 
mengatakan tidak wajib bunuh , tapi wajib dipenjarakan.

Nampaknya hukum tinggal sembahyang ini lebih berat dari mereka yang mencuri. 
Kalau mencuri potong tangan je, tapi tinggal sembahyang di hukum bunuh.

Nampaknya kita lebih suka bincang hukum yang remeh temeh (bukan tak boleh) 
seperti hukum bersalam tangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim dengan 
berlapik atau tidak berlapik, tetapi tidak menjadikan hukum tinggal sembahyang 
sebagai perbahasan utama di media cetak dan media elektronik.

Kita ambil mudah pelajar-pelajar dan guru-guru yang meninggalkan sembahyang 
subuh, asar dan maghrib kerana terkejar-kejar masuk kelas jam 7.20 pagi, keluar 
rumah orang belum azan subuh lagi. Tapi terlalu ambil berat untuk mencapai PMR 
dan SPM cemerlang. Bukan tak boleh, tapi seimbangkan dengan solat yang wajib 
itu.

Maka tidak hairanlah  gejala sosial, gejala maksiat, gejala buang bayi, gejala 
dadah dan sebagainya tidak terkawal lagi, kerana kita mengabaikan perkara 
paling utama iaitu solat dan membincangkan hukum meninggalkan solat.

Apakah mereka yang sengaja meninggalkan solat dianggap derhaka kepada Raja 
segala Raja, Sultan segala Sultan justeru itu wajib dihukum bunuh?

Tepuk dada , tanya iman.

Nak tengok gambar buku Hadith 40 dan mukasuratnya sila ke pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/02/orang-islam-yang-sengaja-tak-sembahyang.html 

Cepat beli, sebelum ianya habis di pasaran.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke