PANGGILAN 999 GAGAL?
Utusan Malaysia 11 Feb 2011
PANGGILAN kecemasan kepada talian 999 untuk mendapat bantuan polis tidak lagi 
dapat menolong anda! Inilah kesimpulan yang dapat dibuat oleh sesiapapun 
apabila membaca penjelasan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner 
Abdullah berhubung dengan kelewatan polis tiba di lokasi setelah panggilan 
dibuat oleh Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Harman Shakri semasa 
keretanya dirompak oleh empat lelaki bersenjata berhampiran Plaza Tol Rawang di 
awal pagi baru-baru ini. (Utusan Malaysia 9 Januari).

Meor Harman telah membuat panggilan kecemasan 999 sebanyak empat kali sebelum 
keluar dari keretanya yang dilanggar dari belakang dan dihalang setelah 
memintasnya. Salah seorang daripada penjenayah memasuki keretanya tetapi 
sebelum keluar dari kereta Meor telah pun menelefon 999 empat kali.

Polis hanya tiba di lokasi itu sejam kemudian. Memalukan! Di Amerika Syarikat 
panggilan 911 ialah panggilan kecemasan nasional satu negara.

Penjelasan daripada Ketua Polis Daerah Gombak ialah panggilan kecemasan 999 
tidak akan terus disambung kepada polis di kawasan tersebut dan beliau 
menasihatkan supaya orang ramai hendaklah terus menghubungi bilik gerakan (?) 
untuk mendapatkan tindakan cepat.

Sesungguhnya ini adalah berita baru kepada orang ramai. Apa yang diketahui 
selama ini dan sentiasa diuar- uarkan oleh polis ialah nombor 999. Siapalah 
yang tahu nombor bilik gerakan kecamasan?

Kegagalan polis untuk bertindak segera terhadap panggilan dari seorang wartawan 
tidak lagi dapat disembunyikan kerana dia adalah "tukang berita" tetapi kita 
tidak tahu berapa banyak panggilan kecemasan kepada 999 yang mendapat tindakan 
lewat. 

Kelalaian pihak berkuasa dalam suatu hal yang melibatkan nyawa dan kepentingan 
ramai tidak boleh dimaafkan dengan apa alasan sekalipun. Ini akan menyebabkan 
orang ramai menjadi sinis terhadap slogan "Rakyat Diutamakan".

Pihak yang terlibat mestilah sensitif terhadap kejadian ini dan hendaklah 
membuat suatu penjelasan yang meyakinkan. Kenyataan Pegawai Polis Daerah Gombak 
menimbulkan banyak anggapan yang negatif terhadap pihak polis yang sekarang 
sedang berkerja keras untuk memperbaiki imejnya di bawah Ketua Polis Negara 
yang baru.

HAIMI 
Putrajaya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
 

MESTI PANTAS BILA ADA KECEMASAN
Mingguan Malaysia 13 Feb 2011
Oleh Noraini Abd. Razak

TAKTIK langgar dan samun bukan baru. Pemandu sering diingatkan supaya tidak 
berhenti jika kereta dilanggar tanpa sebab terutama pada waktu malam. 
Peringatan tersebut sering ditujukan kepada pemandu wanita. 

Maklumlah orang perempuan perlu dilindungi, justeru keprihatinan terhadap 
wanita memang selalunya lebih. Apa lagi jika wanita yang kerjanya sering pulang 
lewat malam.

Kejadian langgar dan samun yang menimpa Pengarang Sukan Utusan Malaysia 
baru-baru ini ‘melebarkan’ lagi peringatan tersebut. Meor Harman tidak 
memberhentikan keretanya selepas dilanggar tidak jauh dari tol Rawang. 
Bagaimanapun ada tanda-tanya di hatinya apabila pemandu yang melanggar 
keretanya memberi nyalaan lampu seolah-olah mahu memberitahu sesuatu.

Malang sememangnya tidak berbau. Sebaik memberhentikan keretanya, dua daripada 
empat penjenayah itu keluar dan mendekati beliau. Lantas terjadilah seperti 
mana selalunya - beliau diacu parang dan keretanya dilarikan.

Malang Meor Harman sememangnya berganda pada malam tersebut. Selepas keretanya 
dilanggar, beliau menghubungi talian 999 sebanyak dua kali. Panggilannya 
dijawab dan disambung ke bilik kawalan. 

Jawapan yang diberi petugas bilik kawalan berbunyi begini: ‘‘Bantuan akan 
sampai sebentar lagi, encik jangan ke mana-mana’. Sebelum itu beliau ditanya 
lokasi kejadian. 

Selepas keretanya dilarikan, Meor Harman menghubungi 999 sekali lagi. 
Panggilannya disambungkan bilik gerakan. Beliau memberitahu: ‘‘Encik saya dah 
disamun.’’ Sekali lagi beliau ditanya lokasi kejadian selain perlu 
memperkenalkan diri sekali lagi dan diberitahu supaya jangan ke mana-mana.


Lokasi

Hampir sejam selepas panggilan pertama, kelibat kereta peronda polis di jalan 
bertentangan terlihat. Panggilan ke 999 dibuat sekali lagi untuk memaklumkan 
bahawa lokasinya adalah di jalan menuju ke Rawang dan bukannya arah ke Kuala 
Lumpur. Untuk menunggu kereta peronda itu membuat pusingan U mengambil masa 
menyebabkan dia menumpang motosikal ke tol Rawang. Di situ dia bertemu satu 
lagi polis peronda yang kemudiannya bertindak pantas menyelesaikan segala 
masalah. 

Isu tersebut telah diulas dan dijawab pihak yang berkenaan. Dalam memberi 
penjelasan, orang ramai diingatkan supaya tidak bergantung kepada talian 999. 
Ingat nombor-nombor lain. Ingat nombor bilik gerakan. Tetapi dalam keadaan 
panik dan gementar, bukankah 999 adalah nombor paling segera melintas di 
fikiran. Nombor itu paling mudah diingati - sebab itu susunannya begitu. Nombor 
bilik gerakan mana yang perlu diingat? Jika seseorang tinggal di Rawang, adakah 
dia perlu mengingati atau menyimpan nombor bilik gerakan Rawang sedangkan 
malang yang tidak berbau boleh berlaku di mana-mana. Justeru mengapa 
dicadangkan nombor lain. Bukankah ia memperlekehkan talian kecemasan yang 
diwujudkan untuk memudahkan orang ramai meminta bantuan sejak berkurun lamanya.

Tentunya dalam hal ini, orang ramai mengharapkan pihak berkuasa memperbaiki 
sistem sedia ada. Jika talian 999 itu ‘melambatkan’ proses aduan atau untuk 
mengambil tindakan disebabkan ada beberapa lapisan, maka kurangkan lapisan itu. 
Semudah dan secepat mana nombor 999 itu disebut, maka urusannya juga harus 
mudah dan pantas. 

Kita tidak memperkecilkan tugas anggota polis, tidak juga membesarkan kes 
Pengarang Sukan Utusan Malaysia. Keprihatinan adalah kepada semua mangsa 
jenayah yang sememangnya panik mencari bantuan ketika kecemasan. Mereka mesti 
diberitahu bahawa 999 adalah talian yang boleh dihubungi setiap saat dan 
ketika. Operator 999 akan menjawab panggilan anda. Tindakan segera akan 
diambil. Selepas itu baru disarankan supaya orang ramai turut menyimpan nombor 
bilik gerakan. Saranan seumpama itu mesti dimasukkan dalam iklan 999 yang 
ditayangkan di kaca televisyen. Pendek kata talian 999 mesti diangkat sebagai 
nombor kecemasan paling cekap bukan sebaliknya. Barulah kepercayaan orang ramai 
terhadap pasukan polis dapat dipertingkatkan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0213&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke