Artikel saya sebelum ini SEDARLAH, RAMAI MISKIN BANDAR, ANAK TAK SEKOLAH, 
TOLONGLAH MEREKA di 
http://waghih.blogspot.com/2011/02/sedarlah-ramai-miskin-bandar-anak-tak.html . 

4 BERANAK IKAT PERUT DI STOR USANG
Harian Metro 15 Feb 2011

TELUK INTAN: “Sejak berpisah dengan suami kira-kira 11 tahun lalu, saya bersama 
tiga anak terpaksa menempuh hidup penuh mencabar seperti minum air saja selama 
beberapa hari kerana tiada wang membeli makanan, malah sepanjang tempoh itu, 
kami juga tidak dapat meraikan hari raya.

“Ada masa kami makan nasi bersama pucuk ubi sekali sehari. Namun, keperitan dan 
kesusahan hidup kami tidak pernah diketahui orang luar kerana saya tidak mahu 
menagih simpati. Saya juga malu meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM),” kata Minizah Muhammad, 38.

Minizah seorang ibu tunggal, menjalani kehidupan penuh daif bersama tiga 
anaknya berusia antara 11 hingga 18 tahun di sebuah stor usang peninggalan 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Esso, Jalan Maharaja Lela, dekat 
sini.

Dengan pendapatan RM350 sebulan bekerja sebagai pembantu kedai runcit, Minizah 
tiada pilihan selain tinggal di stor usang yang kotor, berbau busuk dan turut 
didiami binatang berbisa.

“Saya dan anak sudah lali terserempak haiwan liar sejak tinggal di stor ini. 
Saya bersyukur kerana setakat ini belum ada kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya tidak mampu menyewa rumah lain kerana semua wang pendapatan saya 
digunakan untuk menanggung perbelanjaan termasuk persekolahan anak-anak.

“Ia memang tidak mencukupi, tapi saya bersyukur kerana ketiga-tiga anak 
memahami kesengsaraan hidup keluarga kami,” kata Minizah.

Lebih menyayat hati, kesempitan hidup juga menyebabkan Minizah dan tiga anaknya 
tidak mampu menyambut Aidilfitri dan Aidiladha sejak 11 tahun lalu.

“Biarpun anak-anak tidak bersungut dan memahami kesusahan hidup kami, saya 
sebagai ibu begitu sedih kerana tahu jauh di lubuk hati mereka, masing-masing 
mahu meraikannya bersama rakan sebaya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4beranakikatperutdistorusang/Article/index_html
 



 
____________________________________________________________________________________
Bored stiff? Loosen up... 
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
http://games.yahoo.com/games/front


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke