Lagi kes bunuh saudara rapat. Kali ini anak disyaki sakit mental menikam mati 
ibu kandungnya di Bahau, N.Sembilan. Bilakah ini akan berakhir? Adakah ini bala 
untuk semua umat, 1Ummah,  di Malaysia ini? Marilah kita sama-sama menyeru 
kepada kebaikan, berbaik sangka, kembalilah kepada Islam keseluruhannya. Media 
harus memainkan peranan tak kiralah media pro mana-mana, kurangkanlah isu 
politik melampau, lihat masyarakat, jiran, saudara sekeliling kita.

Negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital khusus untuk merawat 
pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 
juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit 
jiwa seluruh Malaysia. Analisis isu ini di 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 


IBU MAUT DITIKAM ANAK SAKIT MENTAL
Utusan Malaysia 21 Feb 2011 
 
Di atas katil inilah Jemelah Muhamad (gambar kecil) mati selepas ditikam oleh 
anaknya di Felda Kepis, Negeri Sembilan, semalam.
--------------------------------- 

KUALA PILAH 20 Feb. – Kehidupan seorang ibu berakhir di tangan anak kandungnya 
sendiri apabila dia mati akibat ditikam di rumah mereka di Felda Kepis, 
kira-kira 25 kilometer dari sini kelmarin.

Jemelah Muhamad, 53, hanya sempat menjerit apabila dia dikatakan ditikam di 
bahagian dada dengan menggunakan sebilah pisau oleh anak lelakinya yang berusia 
28 tahun, kira-kira pukul 8 malam.

Ketika itu, mangsa berada di atas katil di dalam bilik, manakala suaminya, 
Sohaimi Maidin, 53, berada di pekarangan luar rumah mereka.

Terkejut dengan jeritan isterinya itu, Sohaimi bergegas masuk ke dalam rumah 
dan menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya lihat anak lelaki saya berada di dalam bilik itu. 

Tanpa berfikir panjang, saya terpaksa memukul anak saya dan menariknya keluar 
sebelum menyelamatkan isteri,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini 
hari ini.

Beliau kemudian segera membawa isterinya keluar dan meminta pertolongan jiran 
untuk membawa Jemelah ke hospital.

Menurut Sohaimi, anak lelakinya itu tidak melawan selepas ditarik keluar dan 
hanya duduk diam seperti orang terkejut melihat apa yang telah berlaku.

Isterinya ketika itu masih bernyawa meskipun dalam keadaan cedera parah. 

Jemelah kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini sebelum 
dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

“Bagaimanapun, isteri saya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang 
semalam (Sabtu),” katanya.

Sohaimi memberitahu, anaknya yang menghidap masalah mental itu mempunyai surat 
pengesahan dari hospital tentang penyakitnya itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
 

POLIS TEMBAK MATI LELAKI MENGAMUK SERANG POLIS DENGAN PARANG
Harian Metro 9 Feb 2011

SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia 
menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan 
Rompin, Bahau, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an
itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, 
dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang.

Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya 
pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. – Bernama
http://waghih.blogspot.com/2011/02/rakyat-malaysia-ramai-sakit-mental.html 

HIDAP SKIZOFRENIA
Harian Metro 3 Sep 2010

SEREMBAN: Hari terakhir perbicaraan semalam menyaksikan seorang pakar psikiatri 
Hospital Permai, Johor Bahru, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Rasidi 
Ismail, 32, dituduh membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, awal 
Januari lalu, disahkan menghidap sakit jiwa akibat mengalami delusi dan 
halusinasi sejak beberapa tahun lalu.
http://waghih.blogspot.com/2010/09/gejala-sakit-mental-sama-parah-gejala.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke