Patutlah negeri Melaka telah mencapai taraf negeri Maju pada tahun 2010. Apa ke 
tidaknya orang Melaka ni rajin-rajin belaka. Tak banyak komplen, kerja saja. 
Kerajaan tak buat kerja pun tak apa, mereka boleh buat sendiri. Eloknya orang 
negeri lain contohi rakyat di negeri Melaka ni. Hiduplah Umno di Melaka , Dulu 
, Kini dan Selamanya. PAS Jangan mimpi untuk menang di Merlimau.
           
Tampal sendiri jalan berlubang 
Sinar Harian 21 Feb 2011

BATU BERENDAM - Kecewa dengan aduan jalan berlubang tidak diambil tindakan, 
sekumpulan pekerja kilang mengambil inisiatif menampal sendiri lubang di Jalan 
PBB 1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, dekat sini. 

Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan 
rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan. 

Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara 
bergotong-royong. 

Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, 
manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter. 

Seorang pekerja terlibat, Ramli Rahim, 48, berkata, seramai enam kakitangan 
dari kumpulan fasiliti, DLO Green Tech terlibat melakukan kerja berkenaan. 

Menurutnya, mereka mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan kerja 
berkenaan dengan menggunakan simen. 

“Kita terpaksa lakukan sendiri selepas masalah ini langsung tidak diambil 
peduli oleh mereka bertanggungjawab. 

“Kami semua tidak tahan kerana asyik mendengar rungutan daripada rakan-rakan 
termasuk daripada perkeja kilang lain yang pernah menjadi mangsa,” katanya 
ketika ditemui Sinar Harian semasa melakukan kerja berkenaan. 

Menurutnya, sebelum ini, ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja 
ratusan ringgit untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat melanggar lubang 
berkenaan. 

Malah, katanya, dia sendiri pernah menjadi mangsa apabila rim keretanya 
bengkok. 

“Paling ditakuti apabila hari hujan dan lubang berkenaan akan dipenuhi air. 
Sudah pasti pengguna kenderaan tidak sedar wujudnya lubang berkenaan,” katanya. 

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan terbabit juga 
mendapati masih terdapat beberapa lubang yang dikhuatiri boleh mengancam 
keselamatan pengguna jalan raya dan perlu diperbaiki segera.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8780604.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke