Kes penipuan, gores dan menang, pukau semakin menjadi-jadi sekarang. Sebelum
ini ayah saya pun hampir menjadi mangsa, syukur ketika itu duit dalam bank ayah
ketika itu RM10 sahaja, lepas tu terus tukar akaun bank. Kawan saya pun pernah
menjadi mangsa penipuan kononnya hutang kad kredit tak bayar, lesap RM7000
sekelip mata dari ATM.
Minggu ni emak menceritakan saudaranya juga mangsa penipuan gores dan menang.
Habis lebih RM 20,000 wang simpanan dalam bank dan barang kemas.
Walaupun laporan polis dibuat , namun harapan untuk mendapatkan kembali wang
dan barang kemas dan tertangkapnya penjenayah tersebut amat nipis.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah mohon pertolongan Allah melalui doa dan
solat hajat. Sebaiknya oleh mangsa sendiri, boleh juga dilakukan bersama orang
yang alim dan soleh.
Antara usaha lain yang jarang kedengaran orang kita lakukan ialah bernazar.
Lalu saya cadangkanlah kepada emak saya agar memberitahu saudaranya supaya
bernazar, jika dapat kembali wang dan barangan kemas tersebut sebahagian dari
barangan yang dipulangkan tadi disedekahkan atau dihadiahkan untuk tujuan
kebajikan, rumah anak yatim, surau, masjid, sekolah tahfiz, sekolah agama,
golongan fakir miskin yang memang memerlukan bantuan.
Kalau dapat RM 20,000 , sedekahkan RM 10,000 sebagai contoh.
Carilah, banyak sekolah tahfiz, surau, masjid, golongan fakir miskin yang amat
daif dan sentiasa memerlukan bantuan.
Kalau tidak dapat kembali wang kita yang hilang itu, bersangka baiklah,
insyaAllah, solat hajat kita, doa kita dan nazar kita itu adalah merupakan
amalan baik, semoga Allah membalas dengan kebaikan di akhirat usaha kita tadi.
Yakinlah, jika penjenayah tersebut terlepas dari polis dan mahkamah di dunia,
dia pasti tidak akan terlepas dari polis, hakim dan mahkamah di akhirat.
Jenayah, gejala sosial, sakit mental semakin menjadi-jadi di Malaysia, walaupun
pelbagai usaha pencegahan dilakukan, sesekali jangan dilupakan kaedah Islam.
Polis di Malaysia ini yang beragama Islam haruslah sentiasa memohon pertolongan
Allah agar kadar jenayah di Malaysia ini akan berkurangan selain melakukan
tugas mengikut prosedur yang ditetapkan.
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/