IM Umumkan Penubuhan Parti Politik: Parti Kebebasan dan Keadilan
Author: Fikrah dan Dakwah
| Posted at: 6:28 AM |
Isnin 21 Februari 2011 Pembangkang
terbesar di Mesir Ikhwanul Muslimin, telah mengesahkan bahawa ia
sedang bersedia untuk mendirikan parti politiknya sendiri yang diberi
nama Parti Kebebasan dan Keadilan, atau Horeya wa Adala.
Mursyid
Am Dr Mohamed Badie mengumumkan dalam sidang akhbar bahawa keahlian
terbuka untuk setiap rakyat Mesir yang bersedia menerima program-program
parti, dasar-dasar dan halatuju.
Dr
Mohamed Badie memberitahu bahawa jawatankuasa pengasasnya akan
dimaklumkan dalam masa terdekat dan langkah-langkah awal akan diambil
untuk mengesahkan pendaftarannya. Beliau menambah bahawa pembentukan
parti ini adalah untuk menyahut harapan, keinginan dan aspirasi rakyat
Mesir untuk masa depan yang cerah dan mengembalikan imej serta peranan
kepimpinan negara Mesir dimata dunia.
Dr
Mohamed Badie meneruskan dengan mengatakan bahawa jawatankuasa yang
dilantik dalam Ikhwan Muslimin telah diberi tanggungjawab untuk
menentukan program, dasar peraturan parti baru tersebut. Jawatankuasa
tersebut juga akan berganding rapat dengan Majlis Syura IM.
IM
telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau
penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum
sesuaiuntuk mencalonkan seorang wanita atau Koptik sebagai ketua
parti.
Keterangan lebih lanjut akan diumumkan pada waktu yang bersesuaian.
source: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28077