Peniaga bimbang gerai diroboh Sinar Harian 23 Feb 2011 Sungai Layang, Rembau - Peniaga gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) di sepanjang jalan Kampung Sungai Layang berasa bimbang apabila dimaklumkan bangunan yang ditambah tanpa kebenaran akan dirobohkan.
Peniaga lemang, Johari Ishak berkata, dia menambah atap di bahagian belakang kerana ruang gerai yang sedia ada sempit dan tidak selesa, terutama pada waktu hujan. Menurutnya, gerainya sering terkena tempias air hujan dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya. “Oleh sebab itu, peniaga di bangunan ini terpaksa membina beberapa bahagian seperti dapur dan tempat menyimpan barang kerana ruang yang ada begitu terhad. Walaupun menyedari tindakan kami salah tetapi kami tiada pilihan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Johari berkata, beberapa hari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDR datang dan memaklumkan bahawa tindakan mereka adalah salah kerana membina bangunan tambahan tanpa kebenaran. “Saya sebagai wakil kepada peniaga di sini, memohon supaya pihak MDR dapat mempertimbangkan semula supaya tidak merobohkan bangunan yang dibina dan memberi kami peluang untuk berniaga seperti biasa,” katanya. “Tinjauan yang dilakukan ke beberapa gerai di sini menunjukkan ada peniaga terpaksa membina bahagian dapur dan tempat menyimpan barang kerana keadaan gerai yang kecil,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8793886.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

