Wakil Rakyat DUN Paroi di Negeri Sembilan adalah dari PAS. BN setakat ini
membentuk kerajaan di N.Sembilan. Tetapi banyak projek dan program diadakan di
Paroi. Itulah untungnya rakyat di kawasan yang wakil rakyatnya dari PAS. Orang
Merlimau dan orang Kerdau tak iri hati ke tengok banyak projek di Paroi selepas
pilihanraya bukan hanya semasa kempen pilihanraya?
Kompleks anak yatim baru di Paroi
Sinar Harian 23 Feb 2011
SEREMBAN – Seramai 300 anak yatim akan menikmati kemudahan belajar dan
meneruskan kehidupan dengan adanya Kompleks Anak Yatim di Paroi tidak lama
lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah meluluskan pelan
pembangunan kompleks berkenaan yang akan didirikan di Paroi, dilengkapi warden,
guru dan pelbagai lagi kemudahan untuk anak yatim.
“Ia boleh menempatkan seramai 150 anak yatim lelaki dan 150 anak yatim
perempuan.
“Ada warden, ada guru dan pelbagai lagi supaya anak ini dijaga. Pastikan supaya
mereka belajar kerana pelajaran penting dan kita mesti buat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat
Persatuan India Muslim Seremban di Taman Seri Rahang, dekat sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan
Telekomunikasi, Datuk Ismail Lasim; Presiden Persatuan India Muslim Seremban,
Kassim Abdul Hamid dan Presiden Kimma, Ibrahim Musa.
Pada majlis itu, Mohamad turut melahirkan rasa bangganya apabila hasrat
masyarakat India Muslim memiliki sebuah bangunan serba guna menjadi kenyataan
dengan adanya bangunan Persatuan India Muslim di Taman Sri Rahang.
“Walaupun belum siap tetapi dapat digunakan untuk solat. Tahniah kerana impian
berkenaan dapat diterjemahkan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad turut memberi sumbangan daripada kerajaan negeri
berjumlah RM50,000 kepada Persatuan India Muslim Seremban.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8795092.asp
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/