Baru 4 hari sudah saya cerita mengenai kisah saudara kepada ibu saya telah 
menjadi mangsa gores dan menang dengan kerugian lebih RM20,000.00. Satu 
keajaiban yang amat hebat, ibu saya baru telefon sebentar tadi, katanya 
saudaranya telah dapat hampir kesemua duitnya yang diambil oleh sindiket gores 
dan menang tanpa sebarang pergaduhan, ianya diselesaikan dalam suasana yang 
baik, iaitu suasana menang-menang. Pelikkan.

Apabila ditanya siapa yang tolong, saudara saya kata kepada orang lain, ALLAH 
yang tolong. Itu saja. Setelah membuat laporan polis, kemudian dengan melakukan 
solat hajat yang dibantu sanak saudara, ianya mudah selepas itu. 

Pelik kan, saya sendiri terkejut. Tapi , itulah kebesaran ALLAH, ALLAH boleh 
menggerakkan hati sesiapa saja, yang baik, yang zalim, yang penipu, yang 
perasuah, untuk tunduk dengan arahanNya.

Salah seorang emak saudara saya yang melakukan solat hajat itu adalah seorang 
yang lurus bendul, buta huruf, ilmu tak tinggi, sentiasa merendah diri, kalau 
pergi rumahnya dilayan tetamu sungguh-sungguh.

Orang yang macam ni jangan kita pandang rendah, orang macam ni, siapa tahu doa 
mereka cepat dimakbulkan ALLAH.

Lagi satu ialah doa orang yang dizalimi, walaupun mereka ini orang kafir, ALLAH 
akan makbulkan doa mereka.

Negara kita dilanda pelbagai musibah sekarang, dengan kes buang bayi, sumbang 
mahram, dadah, jenayah, ragut, penipuan gores dan menang serta macam-macam lagi.

Sebijak mana kita, setinggi mana ijazah kita, ingat apa-apa yang kita buat, 
hendaklah sentiasa kita bergantung harap kepada ALLAH. Dan jangan sesekali kita 
memandang rendah, memandang hina mereka yang tiada kelayakan, tiada ijazah, 
tiada jawatan, entah-entah mereka ini lebih rapat, lebih dekat di sisi ALLAH.

Malah Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sendiri merasa kaget ada orang yang 
lebih hebat daripada mereka yang doanya diterima ALLAH , iaitu Uwais bin 
al-Qarni. Alangkah hebatnya Uwais bin al-Qarni ini , walaupun beliau bukanlah 
lulusan Universiti Al Azhar.

Kisah bagaimana saudara saya ditipu sindiket gores dan menang sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/02/bernazar-sedekah-untuk-mangsa-penipuan.html 


Uwais rindu bertemu Rasulullah
Utusan Malaysia 1 Dis 2010 

TERDAPAT seorang pemuda tinggal di negeri Yaman. Pemuda itu bernama Uwais bin 
al-Qarni. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau bekerja sebagai 
pengembala unta. Unta-unta itu adalah milik abangnya yang terletak di sebuah 
tempat bernama Qarni. 

Selain itu, Uwais juga membuat kerja-kerja sampingan seperti membersihkan kebun 
orang dan memetik buah kurma. Rezeki yang diperolehinya itu, hanya kais pagi 
makan pagi dan kais petang makan petang.

Ayahnya sudah meninggal dunia. Uwais bergantung kasih sayang kepada ibunya yang 
sudah tua dan lumpuh. Beliau anak yang baik. Beliau sanggup menjaga ibunya yang 
lumpuh pada malam hari, sedangkan pada siang harinya, beliau sibuk mencari 
nafkah bagi menyara diri dan ibunya.

“Uwais adalah seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya. Beliau sanggup 
menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Beliau juga tidak pernah mengeluh atau 
menyesal mempunyai ibu seperti itu,” kata seorang penduduk yang tinggal di 
kampung itu.

Sikap Uwais yang sangat baik menjadi sebutan orang ramai di kampung itu. Malah, 
ibunya yang tua itu menjadi semakin kasih dan sayang pada anaknya itu.

Pada suatu hari, Uwais mendapat berita, Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam 
berperang di Bukit Uhud. 

Peperangan itu dinamakan Perang Uhud. Uwais al-Qarni mendapat tahu Nabi 
Muhammad tercedera dalam perang itu. Malah, gigi Nabi Muhammad juga turut patah 
kerana diserang oleh musuh.

“Gigi Nabi Muhammad patah. Saya sepatutnya melawat Nabi Muhammad sekarang. Saya 
mahu merawat kesakitan beliau. Tetapi saya tidak dapat pergi ke sana,” bisik 
Uwais seorang diri.

Uwais sedih sendirian apabila mengenangkan kecederaan yang berlaku pada Nabi 
Muhammad. Kemudian, beliau mengambil seketul batu.

“Saya mahu mengetuk batu ini pada gigi saya supaya saya dapat merasakan 
kesakitan seperti mana yang ditanggung oleh Nabi Muhammad pada masa ini,” kata 
Uwais seorang diri.

Rasa cintanya kepada Nabi Muhammad tidak dapat diungkap dengan kata-kata lagi. 
Tanpa berfikir panjang, Uwais mengambil seketul batu dan mengetuk giginya 
sehingga patah. Darah mengalir keluar dan beliau merasai kesakitannya.

Uwais al-Qarni mahu berjumpa Nabi Muhammad di kota Madinah. Tetapi beliau tidak 
dapat pergi lama kerana dia mempunyai ibu yang sudah tua dan lumpuh. Tetapi, 
ibu Uwais mengizinkannya pergi berjumpa Nabi Muhammad.

“Saya Uwais al-Qarni. Saya datang mahu berjumpa Nabi Muhammad. Saya datang dari 
Yaman,” kata Uwais kepada Aisyah binti Abu Bakar.

“Maafkan saya, Nabi Muhammad tiada di rumah. Beliau berada di medan Perang 
Uhud,” jawab Aisyah.

Uwais tergamam seketika.

“Perlukah saya menunggu Nabi Muhammad pulang. Ibu saya sakit di rumah. Tiada 
sesiapa menjaganya,” bisik Uwais.

Akhirnya, Uwais terpaksa pulang ke rumahnya segera. Ibunya sakit di rumah. 
Beliau berasa kecewa kerana tidak dapat berjumpa Nabi Muhammad.

“Sampaikan salam saya kepada Nabi Muhammad dengan lafaz assalamualaikum,” kata 
Uwais dan beredar pergi.

Selepas berjaya melawan musuh dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad pulang ke rumah. 
Seperti biasa, beliau bertanya kepada isterinya, “Adakah sesiapa mahu berjumpa 
saya selama saya tiada di rumah?”

“Ada. Seorang pemuda bernawa Uwais al-Qarni. Beliau datang mahu berjumpa tuan. 
Saya lihat beliau begitu kecewa selepas mengetahui tuan tiada di rumah,” kata 
Aisyah kepada Nabi Muhammad.

“Beliau memberitahu saya, beliau tidak dapat menunggu tuan kerana ibunya sakit 
di rumah. Tambahan pula, tiada sesiapa menjaga ibunya,” jelas Aisyah, isteri 
Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum mendengar penjelasan itu.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada kepada sahabat yang lain, “Sekiranya kamu 
mahu mengenali Uwais al-Qarni, kamu dapat lihat di tengah tapak tangannya ada 
tanda berwarna putih”.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Ali dan Umar al-Khattab, “Apabila kamu 
berdua berjumpa Uwais al-Qarni nanti, kamu mintalah beliau berdoa dan memohon 
keampunan daripada Allah. Beliau adalah penghuni langit”.

Begitulah kisah seorang sahabat yang sangat menyayangi dan mengasihi Nabi 
Muhammad. Seorang pemuda yang patuh dan taat kepada ibunya yang tua dan sakit 
lumpuh itu.


Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke