PROGRAM MUNAQASYAH E-MASJID\ SABTU, 26 FEBRUARI 2011/ 23 RABIUL AWAL 1432H DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
PENGENALAN Mutakhir ini memperlihatkan era pembangunan teknologi eletronik semakin pesat berkembang. Perkembangan ini haruslah direbut dengan sebaiknya untuk kemaslahatan dan manfaat umat Islam di Malaysia khasnya. Kemampuan menggunakan teknologi dalam menyampaikan dakwah dan mesej Islam kepada masyarakat khususnya di masjid, dalam bentuk pancaran LCD yang diselangi dengan paparan gambar-gambar yang menarik serta alunan bunyi-bunyian termasuk bacaan zikir, bacaan al-quran dan alunan muzik sememangnya akan dapat menyentuh sanubari pendengar. Kemampuan menggunakan alat bantu elektronik dalam meyampaikan mesej dakwah di masjid pastinya akan lebih memberikan kesan positif terhadap masyarakat. Selain itu, ia turut menggambarkan kemajuan Islam di Malaysia dalam menghadapi arus kebangkitan teknologi di samping menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memanfaatkan teknologi ini ke arah kebaikan Islam itu sendiri. Namun demikian, keharusan menggunakan alat bantu eletronik dalam menyampaikan mesej dakwah Islamiah sama ada ketika menyampaikan khutbah atau menyampaikan kuliah agama di masjid pastinya tidak secara mutlak. Hal demikian adalah bagi menjaga kesucian masjid sebagai rumah Allah dan tempat ibadah umat Islam. Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Cawangan Selangor (PUMSEL) berhasrat untuk mengadakan program munaqasah e-masjid. Program ini dirancang dengan hasrat untuk membicarakan sejauh manakah keharusan penggunaan alat bantu eletronik dalam menyampaikan dakwah di dalam masjid. Apakah pra syarat yang patut dipatuhi pendakwah dalam keghairahan menggunakan alat bantu eletronik dalam dakwah. Semua persoalan ini insyaallah akan terjawab dengan program yang akan diadakan nanti. OBJEKTIF Antara objektif utama penganjuran program ini ialah: Menjelaskan keberkesanan penggunaan alat bantu elektronik dalam menyampaikan dakwah di masjid dan hukumnya pada kaca mata Islam. Memberikan pendedahan kepada nazir dan Ahli Jawatankuasa masjid dan masyarakat tentang kepentingan menggunakan bantuan alatan eletronik dalam penyampaian dakwah di masjid. Menjelaskan produk-produk e-masjid yang berinovasi kratif dan inovatif para da’ei masa kini. Melahirkan masyarakat celik agama, komited dan konsisten dalam melaksanakan semua ajaran agama mengikut landasan al-quran dan al-sunnah. ANJURAN Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) PENYERTAAN Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terdiri daripada kalangan ahli akademik, wakil agensi kerajaan, nazir dan AJK masjid seluruh negeri selangor dan masyarakat awam yang berminat. PEMBENTANGAN e-Masjid Satu Sorotan Dalam Hukum Syarak Oleh: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu Fatwa e-Khutbah Oleh: Tuan Hj. Mat Jais Kamos Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Aplikasi e-Masjid Realiti Hari Ini Oleh: Ustaz Muhamad Faisal Asha’ari Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam UKM Aplikasi e-Masjid : Melonjak Pengimarahan Masjid Oleh: Sdra. Mohd Khairunnizam Mhd Supian Jurutera, Teknologi Maklumat, MAYBANK Produk-produk e-Masjid Inovasi Kreatif Da’ie Hari Ini Oleh : Mohd Nurul Imran Koyube Presiden, IluvIslam.com e-Masjid : Pengalaman Masjid di Singapura Oleh : Wakil Singapura MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN Pendaftaran Penyertaan : Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 25 Februari 2011 dengan menghubungi: Sdra. Azmi : 013-384 0710 En Nizam : 012-291 1335 Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301 Faks : 03-5511 4302 Email : [email protected] Website : http://www.pumselangor.org Pengesahan kehadiran bolehlah difakskan terus ke : 03-5511 4302 atau email ke : [email protected] atau SMS (sila SMS nama dan no. Kad pengenalan) ke nombor 013-3840710.

