Jika di Tunisia hanya seorang penjual buah dan sayur boleh menjatuhkan 
Presidennya yang telah memimpin negara lebih 20 tahun, tidak mustahil di 
Malaysia, Umno yang lebih 50 tahun menerajui negara akan jatuh dengan hanya 
tindakan seorang peniaga burger. Kalau tidak peniaga burger, mungkin peniaga 
lemang di Sg Layang, Rembau, atau mungkin peniaga kuih di Taman Tuanku Jaafar, 
Seremban. Kita tengoklah nanti dan sama-sama berdoa.

Kisah bagaimana seorang penjual sayur telah menjatuhkan Presiden Tunisia pada 
bulan Januari 2011 di berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/presiden-tunisia-diguling-sebab-seorang.html 


PENJUAL BURGER SUSAH NAK CARI MAKAN
Harian Metro 4 Mac 2011

Susah nak cari makan’

MAHAL...harga daging meningkat mendadak. 

KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari 
makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga 
barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.

Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun 
baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.

“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati 
beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa 
barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga 
serba salah untuk menaikkan harga.

“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata 
Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga 
daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan 
harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang 
mendadak baru-baru ini.

“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging 
tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kenaikan harga barang 
membebankan mereka. Menurut Rafei Jamil, 32, harga makanan mentah utama tidak 
perlu dinaikkan kerana ia akan membebankan.

“Sepatutnya harga makanan mentah seperti ayam, daging dan ikan tidak perlu naik 
kerana harga sekarang pun membebankan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011030401494520110304014945/Article/index_html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke