Sepatutnya Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat diarahkan cari dan bantu orang 
susah. Tapi di Rembau sekarang ini Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat 
diarahkan untuk MENYIASAT apa yang diajar di PASTI-PASTI di Rembau terutama di 
DUN Chembong dan DUN Kota , Negeri Sembilan. INGAT jangan sampai Pengundi Umno 
bosan dengan JKM dan Umno, macam pakcik di bawah ini.

Ingat Pengundi Rembau masih ingat lagi JANJI Umno untuk bina Hospital di Rembau 
semasa pilihanraya umum 2008 di 
http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html   
        

Kita akan taburkan seluruh REMBAU gambar JANJI UMNO UNTUK BINA HOSPITAL DI 
REMBAU. Jihad membantu orang OKU, Mat Burger, Peniaga Lemang, Peniaga Pasar 
Malam bermula di REMBAU !!!

JKM BERSIKAP ‘MAIN TARIK TALI’ 
Sinar Harian 4 Mac 2011 

SEREMBAN – Sepatutnya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumah 
membuat siasatan terhadap permohonan bantuan Japri Kassim, 55, untuk anak 
saudaranya, Nik Airani Suraya Nik Roselan, 12, yang juga orang kurang upaya 
(OKU) tetapi amat dikesali dengan hanya membuat panggilan telefon, JKM terus 
menolak permohonannya itu. 

Alasan diberikan, bapa kepada empat anak ini mempunyai pendapatan keluarga 
lebih daripada hak kelayakan sedangkan permohonan itu dibuat untuk anak 
saudaranya. 

Malah permohonannya mendapatkan kad OKU pada awal Januari lalu juga masih tidak 
diketahui statusnya walaupun segala dokumen yang diminta sudah dihantar. 

“Sepatutnya pihak JKM datang ke ke rumah melihat sendiri keadaan anak saudara 
saya tetapi pegawai yang dipertanggungjawabkan sekadar telefon untuk 
mendapatkan maklumat. 

“Isteri saya sudah buat permohonan sejak tahun lalu dan pihak berkenaan kata, 
November nak datang buat siasatan tetapi sampai sekarang tak datang,” katanya 
ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, dekat sini. 

Menurutnya, terbaru adik iparnya ada menghubungi pihak JKM untuk mendapatkan 
status sebenar permohonan namun pegawai JKM yang dipertanggungjawabkan 
memaklumkan permohonan diterima tetapi status tidak diketahui, sementara 
permohonan kad OKU pula tidak mempunyai rekod. 

Japri berkata, jika permohonannya ditolak, sepatutnya pihak JKM sudah 
memaklumkan ia gagal. 

“Permohonan ini untuk anak saudara saya yang terlantar di rumah sejak kecil 
kerana menghidap penyakit celebral hydrocaepulus. 

“Saya dan isteri bersedia ambil tanggungjawab menjaganya kerana emaknya ibu 
tunggal dan kini bekerja di Kuala Pilah,” katanya. 

Menurutnya, sebelum ini dia memang tidak pernah ambil tahu mengenai bantuan 
disediakan untuk golongan OKU dan perlunya mendaftar. 

“Bagaimanapun, ada rakan dan pemimpin masyarakat yang memaklumkan bantuan 
disediakan untuk golongan berkenaan. 

“Saya bukannya mahu besarkan isu menggunakan saluran media untuk melaporkan 
masalah dihadapi tetapi kecewa kerana JKM seolah-olah menafikan hak yang 
sepatutnya diberi untuk OKU,” katanya. 

Japri berkata, jika bantuan JKM diterima, sekurang-kurangnya dapat membantu 
meringankan beban ibu kanak-kanak terbabit. 

“Ibunya setiap minggu ada datang menjenguk Airani dan dia juga bagi duit 
belanja. Anak saya pun ada membantu. 

“Jika ada bantuan JKM, dapat juga beli kerusi roda, lampin pakai buang dan 
lain-lain,” katanya. 

Justeru Japri berharap, JKM tidak terus ‘bermain tarik tali’ berhubung status 
permohonan mendapatkan bantuan dan mendapatkan kad OKU untuk anak saudaranya 
itu.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8828052.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke