Kalau tak ada Rembau, Negeri Sembilan tak wujud. Sejarah Negeri Sembilan dan Adat Perpatih bermula dari Rembau. Rembau pernah mempunyai kerajaan sendiri yang kuat. Itu dulu, sekarang terpulang kepada anak-anak buah di Rembau untuk menentukan arah tuju masa depan Rembau. Sebut pasal Hospital Rembau, ayah saya telah mengalami kemalangan ketika membuat kerja di rumah pada 27 Julai 2009. Agak teruk kecederaan pada jari tangannya.
Saya sedang bertugas di Senawang ketika itu. Syukur ada jiran yang prihatin mengejarkan ayah ke Hospital Tampin. Saya pun bergegas pulang, bekejar ke Hospital Tampin. Sebelum sempat sampai Hospital Tampin, saya dimaklumkan ayah akan dibawa dengan ambulan ke Hospital Seremban. Lalu saya pun patahlah balik bekejar pula ke Hospital Seremban. Hospital Seremban tahu sajalah, tak mesra warga emas langsung. Tempat letak kereta punyalah jauh, nak ke hospital macam panjat tangga Batu Caves agaknya. Mungkin lepas ni ada cadangan buat Kereta Kabel dari tempat letak kereta ke bangunan Hospital Seremban. Itulah sedikit kisah mengenai pengalaman orang Rembau yang sentiasa berkejar antara Hospital Tampin dan Hospital Seremban. Dulu orang itu ada menjanjikan akan dibina Hospital Rembau dengan kos RM100 juta. Itu 3 tahun dulu, sekarang bayang-bayang Hospital Rembau pun tak nampak lagi seperti diceritakan pada Blog berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html Apo nak buek, soba yo lah ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

