Itu mahkamah yang kata, mahkamah dunia, bukan mahkamah akhirat. Bukan Pakatan 
Rakyat yang kata, bukan PKR yang kata, bukan PAS yang kata juga bukan DAP yang 
kata, tapi mahkamah yang kata. Hukuman di dunia untuk perasuah dan pemfitnah 
ikut mahkamah dunia, hukuman di akhirat, ikut mahkamah akhirat. Nampaknya ADUN 
Umno N.Sembilan ini kena hadir kursus agama anjuran JAKIM atau Majlis Agama 
Islam N.Sembilan, bagaimana untuk mengelakkan diri dari jadi perasuah dan 
pemfitnah.

Baik buat cepat kursus tersebut sebelum Pilihanraya Umum ke 13, rakyat dah 
celik sekarang, mereka perhati saja, protes secara senyap lagi bahaya dari 
tunjuk perasaan.


ADUN LENGGENG BERSALAH ATAS TUDUHAN RASUAH 
4 Mac 2011

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima 
rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi 
mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan menerima wang berkenaan di sebuah 
restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.

Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Seremban pada petang ini memutuskan supaya 
hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan 
didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
http://malaysiakini.com/news/157675  

MAHKAMAH ARAH ADUN LENGGENG BAYAR RM18,000 
Khamis, Februari 24, 2011

Harakahdaily. SEREMBAN, 24 Feb 2011: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini 
mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada 
seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira 
bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa 
pengakuan liabiliti BERSETUJU MEMBAYAR IMAM TERSEBUT.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu 
memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau 
melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam 
daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun 
lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua 
pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong 
bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada 
mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin 
manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim 
adalah Puan Rosnani

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31033:mahkamah-arah-adun-lenggeng-bayar-rm18000&catid=1:utama&Itemid=50
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke