Ini memang bangang dan bodoh namanya. Ada ke orang kita di Sabah ni kena saman 
ekor sebab bawa motosikal tidak pakai tali pinggang keledar? Bukankah ini 
menunjukkan sistem Saman Ekor ni hari demi hari menunjukkan KEBODOHAN, 
KEBANGANGAN dan KEDEGILAN pihak polis termasuk MENTERI dan PERDANA MENTERInya 
sekali? Cukuplah, hentikanlah mengugut rakyat suruh bayar saman ekor. Lebih 
banyak kes bodoh begini akan keluar dalam akhbar.

Sebelum ni atok umur 85 tahun di saman ekor bawa motosikal kuasa besar 500cc, 
kisahnya di 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/warga-emas-malukan-pdrm-dan-menteri.html 

POLIS PERLU PASTIKAN DATA SAMAN EKOR TEPAT ELAK KEKELIRUAN
BERITA HARIAN 9 Mac 2011 

HAMPIR semua rakyat mempunyai saman yang perlu dijelaskan menyokong perlanjutan 
tempoh pembayaran saman. 

Bukan kerana tidak mahu membayar, tetapi disebabkan sibuk dengan tugasan harian 
dan tidak menyedari mereka mempunyai ‘saman ekor’. Saman bermaksud mengenakan 
hukuman atau denda kepada pesalah trafik dengan harapan pesalah tidak 
mengulangi kesalahan terbabit. Masalahnya, apakah matlamat saman dikeluarkan 
terutama ‘saman ekor’? Apakah saman itu dikeluarkan dengan betul kepada pesalah 
trafik? Apakah nombor pendaftaran kenderaan juga betul? 

Apa yang dikesali, apabila saya membuat pemeriksaan saman di Ibu Pejabat Polis 
(IPD) Penampang, didapati sebuah kenderaan didaftar atas nama saya disaman pada 
2005 oleh PDRM daerah Tawau. Tetapi, kenderaan itu digunakan di Kota Kinabalu 
sejak 2000 hingga 2008. 

Pada 2008 barulah kenderaan itu dihantar ke Tawau untuk kegunaan anak saya. 

Lebih mengejutkan, apabila diperiksa kesalahan itu, kenderaan saya adalah 
motosikal, tetapi disaman atas kesalahan ‘tidak memakai tali pinggang keledar’. 

Apabila saya menjelaskan perkara itu kepada pegawai terbabit, saya dinasihatkan 
merujuk kepada IPD pengeluar saman di Tawau. 

Saya yakin bukan hanya saya seorang menghadapi keadaan sebegitu berhubung 
‘saman ekor’ di negara ini bahkan ramai lagi tetapi tidak ingin 
membesar-besarkannya. 

Sepatutnya, sebelumnya pihak polis mengeluarkan saman, terutamanya ‘saman 
ekor’, pastikan dulu data kenderaan adalah betul. Jangan hanya mengutamakan 
kuantiti tetapi kualiti diabaikan. 

EMJAY’S@Mojasa06, 
Bundusan, Penampang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polisperlupastikandatasamanekortepatelakkekeliruan/Article
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke