Isteri Boleh Maaf Tapi Tak Boleh Lupa
Suami Boleh Lupa Tapi Tak Boleh Sebut Maaf
 
Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami
mereka yang susah untuk menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun
dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai
dikalangan wanita melebelkan orang lelaki ini sebagai EGO.
 
Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas
kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada
serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan
keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke hutan menangkap
binatang. Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali
membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang takut atau lemah
agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah dia ingin 
dirasai
diperlukan oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.
 
Sikap
“rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah menebal di kepala orang lelaki.
Sememang inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka
kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kegagalan.
 
Kalau lelaki
ini bersendiran memandu kereta dan dia sesat jalan, dia akan turun bertanya
pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada orang lain
yang bersamanya ketika itu, dia tidak akan turun bertanya pada orang lain.
Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL. Kalau
isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan
dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia
“tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia
panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya
sebagai dia GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini.
 
Penyebab lain
yang menyukarkan suami menyebut “saya minta maaf” ialah binaan otak
“monotrek”nya ini iaitu:
 
1.  Kurang perhubungan diantara sel emosinya di sebelah
otak kanan dengan sel lisan di sebelah otak kirinya. Oleh itu amat sukar untuk
dia menyuarakan kesilapannya.
 
2. Minda
lelaki sepeti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri disimpan di
dalam kotak-kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa di mana dia letak
kotak-kotak itu. Dia hanya ingat akan kotak-kotak yang berisi kejayaan dan 
kemenangannya
sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah menceritakan kejayaannya daripada
kegagalannya kepada orang lain. 
 
Sebaliknya
isteri amat mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan
nasihat kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking” ini mampu melakukan 
pelbagai
perkara serentak. Disebabkan hubungan jaringan sel sebeginilah, maka amat mudah
bagi seorang isteri mengingat semua peristewa dan dengan cekap pula mengaitkan
peristewa itu dengan isu dan emosinya.  
 
Itu sebabnya
seorang isteri sangat memerlukan unggapan “Abang minta maaf” daripada suaminya
kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya dihormati dan terhubung jiwa
dan raganya dengan suami itu.   
 
Dua orang
lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan orang
perempuan ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat sebenar ialah pemenang
berkata, “Aku menang” dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu kamu tahun
depan pulak.”
 
Oleh itu,
bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan suami seperti membasuh keretanya atau
mengambil kain di penyidai sebagai ungkapan yang dia sedang meminta maaf kepada
anda. 
 
Bagi suami
pula, belajarlah menyebut, “Abang minta maaf” setiap kali isteri berkata,
“Abang yang silap” kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah sayang dia
kepada anda, walaupun anda tidak tahu apa kesalahan anda.
 
Selamat
mencuba
 
Pak Utih
 
 
Ahmad Shafiai Uda Jaafar
[email protected]
http://mahligaikasih.multiply.com
Mobile: 017 7272 307
Suami Memimpin Isteri Mengurus


Kirim email ke