Harian Metro 10 Mac 2011 RM60,000 KENA SAMUN SEREMBAN: Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila disamun penjenayah bermotosikal yang memecahkan cermin keretanya lalu melarikan wang tunai RM60,000 di pekan Rantau di sini, kelmarin.
Lebih malang apabila wanita berusia 39 tahun itu baru mengeluarkan wang berkenaan yang mahu digunakannya untuk memulakan perniagaan. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa bersama seorang ahli keluarganya selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank di bandar ini. “Mangsa hanya menunggu di dalam kereta yang berkunci itu sambil memegang beg berisi RM60,000. “Tidak lama kemudian mangsa terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an memecahkan cermin kereta dengan tangannya tanpa menggunakan peralatan lain. “Penjenayah nekad itu kemudian merampas beg berkenaan dan melarikan diri,” katanya di sini, semalam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM60_000kenasamun/Article/index_html RAGUT RANTAI RM8,000 SEREMBAN: “Belum sempat menjawab pertanyaannya, lelaki bermotosikal itu terus mengacu parang ke leher saya dan meragut barang kemas lalu melarikan diri.” Begitu kata, warga emas, Rosnah Emby, 66, yang rugi kira-kira RM8,000 apabila disamun penjenayah berparang berpura-pura bertanyakan arah jalan di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini, semalam. Menurut Rosmah, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia baru selesai membeli barangan keperluan dapur di kawasan situ. “Saya dan dua rakan duduk berehat sambil bersembang di sebuah pondok di situ sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an. “Kami bertiga pada awalnya langsung tidak mengesyaki apa-apa apabila dia kemudian hanya bertanyakan alamat atau arah sebuah kawasan. “Namun, apabila mahu menjawab pertanyaannya itu, lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan parang panjang lalu mengacukannya ke leher saya sambil meragut rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RagutrantaiRM8_000/Article/index_html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

