Tolonglah, semua pihak beri perhatian yang benar-benar serius dalam isu sakit 
mental ini yang semakin amat kritikal di Malaysia. Kita memerlukan lebih banyak 
hospital khusus untuk merawat pesakit mental. 3.3 juta orang atau 11.3 peratus 
rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan 
hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh negara.

Kenapa tak percaya ? Bacalah sendiri analisis isu ini di 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 

SATU KAMPUNG TAK SELAMAT
Harian Metro 10 Mac 2011 

KUALA NERANG: Bimbang dengan ancaman ganas anak lelaki mereka yang menghidap 
penyakit mental, sepasang suami isteri kini hidup menderita selepas melarikan 
diri dan bersembunyi di dalam hutan sejak lima tahun lalu.

Lebih menyedihkan pasangan warga emas lembam dari Kampung Keda Pasir Putih di 
sini, hanya makan buah-buahan atau tumbuhan hutan sepanjang bersembunyi di 
dalam hutan itu bagi mengisi perut.

Ini disebabkan pasangan berusia 60-an itu bimbang dipukul anak mereka yang 
berusia 34 tahun jika mereka pulang ke rumah.

Anak ketiga daripada empat beradik yang pernah mendapat rawatan di wad 
psikiatri dikatakan sering bertindak liar dan ganas termasuk mendera ibunya 
seperti binatang.

Keadaan itu menyebabkan si ibu berusia 61 tahun dan bapanya berusia 64 tahun 
tidak sanggup lagi untuk memelihara lelaki sakit mental itu.

Dia juga pernah mencabul beberapa wanita dan gadis menyebabkan penduduk kampung 
terkilan kerana dia dibebaskan pihak hospital selepas pemeriksaan perubatan 
mendapati dia siuman.

“Kami sudah menahannya beberapa kali dan menyerahkan kepada polis sebelum dia 
diserahkan kepada hospital, tetapi dibebaskan semula selepas doktor 
mengesahkannya berkelakuan baik sepanjang jagaan mereka.

“Kami berharap pihak berkuasa menghantar lelaki itu ke wad psikiatri atau 
Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk dipantau kerana penduduk bimbang 
berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Penduduk, Norhayati Ahmad, 33, mendakwa pernah menjadi mangsa amuk lelaki itu 
ketika mencuci pakaian di bilik air rumahnya.


“Saya terpaksa menjalani rawatan tradisional selama dua bulan kerana trauma 
dengan apa yang berlaku. Macam mana pula pihak hospital mengatakan dia tidak 
gila sedangkan dia suka mencabul dan bertelanjang sepanjang masa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob 
Ku Hamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung lelaki 
berkenaan tetapi pihaknya hanya mempunyai kuasa menahan dan menyerahkan kepada 
hospital untuk mengambil tindakan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Satukampungtakselamat/Article/index_html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke