Sedikit peringatan dari hamba yang hina dina kepada para ustaz dan ustazah, 
lebih-lebih lagi mereka yang ada lulusan ijazah, master dan PhD dalam bidang 
agama agar tidak gentar menyatakan kebenaran. Ini bukan isu politik, ini ialah 
mengenai hak dan batil serta memberi ilmu kepada mereka yang jahil agama macam 
saya ni. Saya nak cerita mengenai ayah saya, bekas pegawai tentera yang jahil 
agama tapi tidak gentar dan tidak penakut dalam bab hak dan batil.

Ayah saya ni bukanlah golongan ulama, bukanlah pakar agama. Dia bersekolah yang 
totok sekular, sekolah Inggeris. He’s English is better than the British. Tidak 
mendapat didikan agama seperti pelajar KAFA dan KAP yang belajar Isnin hingga 
Jumaat sekarang, sampai pelajar kelam kabut solat Jumaat tergesa-gesa ke kelas 
KAFA dan KAP.

Dalam askar waktu dululah kan, tinggal solat, berparti, minum arak ni perkara 
biasa. Dalam Mes Pegawai botol-botol arak dalam  peti ais pun perkara biasa. 
Itu dululah kan.

Sikit demi sikit ayah saya, mula sedar dengan hidayah Allah. Mula solat dan 
sebagainya. 

Semasa dia menjadi 2IC dia tidak boleh berbuat apa-apa, dia bukan boss, ada CO 
atasnya. Tapi bila dia menjadi CO Askar Melayu, dia adalah boss, dan dia 
mempunyai kuasa, serta dia mempunyai tanggungjawab ke atas anak buahnya.

Walaupun dia CO dan mempunyai kuasa untuk buang botol arak dari Mes Pegawai, 
dia tidak menggunakan kuasanya menyuruh anak buahnya buang botol arak. Dia 
berbincang dulu dengan pegawai bawahannya. Katanya kepada anak-anak buahnya 
atau pegawai bawahannya, kita ni semua Askar Melayu, agama Islam, kenapa perlu 
ada botol arak dalam Mes Pegawai, semua pegawai setuju, tiada lagi arak dalam 
Mes Pegawai. Tiadalah lagi arak dalam Mes Pegawai Rejimen tersebut sejak itu.

Disebabkan tindakan ayah saya, dia telah dipanggil ke MINDEF mengadap Panglima 
Angkatan Tentera untuk menjelaskan tindakannya. Berlakulah perdebatan dalam 
Bahasa Inggeris ketika itu yang tidak disiarkan dalam TV, hanya antara ayah 
saya dan Panglima.

Akhirnya dengan izin Allah, tiada apa-apa tindakan ke atas ayah saya, dan Mes 
Pegawai tersebut tiada lagi arak dihidangkan sejak itu.

Itulah sedikit cerita untuk ustaz dan ustazah sekelian, jangan takut dan gentar.

Ini bukan isu politik. Dulu ayah saya tak kenal pun PAS masa tu, UMNO pun dia 
tak kenal, malahan kertas undi pos pun dia tak pernah lihat dan pangkah.

Bukan PAS atau UMNO atau ayah saya yang buang arak dari Mes Pegawai, tetapi 
hidayah ALLAH. Ayah saya hanya penyebab atau means. 

Negara kita banyak gejala sekarang ini, gejala sosial, dadah, akhlak dan 
sebagainya. Kita perlukan ramai ustaz dan ustazah untuk memberi tunjuk ajar 
kepada kami yang jahil ni. Ilmu yang ada jangan dipendam, ajarlah kami di surau 
dan masjid. Dekatilah kami dengan kasih sayang di pasar malam, shopping mall, 
litar lumba haram, rumah pelacuran, kedai judi dan seterusnya.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke