Pada Jumaat 11 Mac 2011, rasanya semua masjid yang akur dengan arahan JAKIM 
membaca khutbah (bukan berkhutbah) teks yang disediakan JAKIM bertajuk Gaya 
Hidup Sihat. Dalam lintasan hati saya bila pengacara radio kata Gaya Hidup, 
lintasan hati kata Bebas, Gaya Hidup Bebas. Maklumlah Jumaat di N.Sembilan 
bekerja terkejar-kejar dalam kereta ke masjid sambil dengar radio. Islam macam 
minoriti pula kan di N.Sembilan, nak solat Jumaat terkejar-kejar, ada yang tak 
dapat solat kerana tidak dibenarkan keluar tempat kerja.

Balik kepada tajuk Gaya Hidup Sihat, ingatkan Gaya Hidup Sihat ceritakan pasal 
denggi, kerana Senawang WABAK DENGGI sekarang, anak jiran depan rumah pun kena 
denggi minggu ni. Rupanya Gaya Hidup Sihat cerita pasal kencing manis dan 
pemakanan. 

Orang di Senawang tengah berperang dengan nyamuk, khutbah cerita kurangkan 
gula. Padahal banyak rumah di Senawang yang semak samun. Jalan belakang di 
Jalan Alamanda 6 antara Taman Satria dan Taman Alamanda yang menjadi sarang 
nyamuk tidak pernah dibersihkan oleh penduduk setempat apatah lagi petugas 
Majlis Perbandaran Seremban.

Itu di Seremban, bagaimana dengan para pelatih Pusat Latihan Polis yang sedang 
berperang dengan Virus entah ke bendanya. Cerita pasal kesihatan tapi bab lain.

Tak ke tidur jadinya makmum.

Ustaz Norazman di Masjid Jamek Ampangan pula dengar ceritanya dari sahabat saya 
(kalau salah tolong betulkan cerita ini) , beberapa minggu berkhutbah mengenai 
isu Valentine. Lepas tu ada orang yang mengadu, orang yang mengadu tu katanya 
orang tinggi Jabatan Agama juga. Lalu Ustaz Norazman dipanggil mengadap Menteri 
Besar N.Sembilan.

Sejak dari tu Ustaz Norazman pun jadilah burung kakak tua, membaca khutbah , 
bukan berkhutbah. Ada sekali kata sahabat saya Ustaz Norazman selepas itu 
membaca khutbah kebaikan minum susu, baca tajuk dan sedikit ulasan pendek , 
lepas tu habis. Terperanjat semua makmum.

Apalah guna kita ada imam lulusan Azhar atau UIA, tapi tidak dilatih membuat 
teks khutbah yang menyentuh hati makmum setempat agar hormat ibu bapa, jaga 
kebersihan rumah, berkasih sayang sesame keluarga, solat jemaah di masjid dan 
sebagainya.

Adake logik satu topik khutbah oleh JAKIM sesuai untuk beribu-ribu masjid 
seluruh Malaysia yang setiap hari mempunyai berlainan masalah setempat?

Agakya Mat Rempit dan Mat Gian pun heran tengok kelaku JAKIM ni dan mereka yang 
takut dengan khatib yang tidak membaca teks khutbah JAKIM asyik nak mengadu 
saja.

Ustaz kalau penakut jangan belajar agamalah.

Ini isu halal haram, bukan isu politiklah.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke