Kalau benarlah apa yang dikhabarkan di bawah ini, ianya sesuatu yang harus 
diberi perhatian serius oleh rakyat N.Sembilan atau mereka yang dari luar 
N.Sembilan yang mendapat rawatan di klinik dan hospital seluruh N.Sembilan. 
Apakah para pesakit yang akan menjadi mangsa akibat lambakan doktor yang tidak 
terlatih di negeri ini?

JABATAN KESIHATAN NS TAK MESRA DOKTOR
Berita Harian 17 Mac 2011 

SAYA seorang doktor di Negeri Sembilan yang merasa terpanggil meluahkan 
pendapat selepas melihat semakin ramai rakan yang sudah dan sedang meninggalkan 
perkhidmatan awam ke sektor swasta atau ke negara jiran. 

Pada asalnya kami berasa terpanggil menyahut seruan kerajaan untuk mengatasi 
masalah ‘brain-drain’ yang menyebabkan negara ini kurang berdaya saing. Pada 
asalnya, semangat kami berkobar-kobar untuk berkhidmat untuk negara walaupun 
sedar akan hakikat pendapatan tinggi di sektor swasta dan di negara jiran. 

Tetapi pentadbiran baru Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah sangat 
mengecewakan dan menghampakan. 

Doktor dipindahkan sesuka hati setiap enam dan 12 bulan, ke seluruh klinik dan 
hospital di Negeri Sembilan. Kami pada asalnya sanggup berkhidmat di pedalaman 
atau hospital kecil, tetapi siapa yang sanggup menanggung kos perpindahan, 
perjalanan jarak jauh dan perbelanjaan kerana perpindahan yang kerap? 

Bagaimana pula anak kami yang bersekolah, memerlukan penjaga harian dan 
pasangan kami yang juga bekerja? Rayuan kami ditempelak kerani pentadbiran yang 
biadap dan angkuh. Kenapa harus begitu? 

Ramai doktor daripada pelbagai lapisan, saya lihat sudah meninggalkan Negeri 
Sembilan ke negeri lain, sektor swasta malah ada yang sudah dan sedang dalam 
proses untuk berhijrah ke luar negara. 

Kecewa dengan pentadbiran negeri yang dilihat langsung tidak mesra doktor. Kami 
tidak dapat memberi fokus bekerja kerana berasa tertekan dan takut sekiranya 
‘nama kami naik’ untuk dipindahkan. 

Lebih teruk lagi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dilihat memainkan dasar 
pekak badak dan buta kayu melihat ada sesetengah doktor yang sedang sibuk 
mengambil ujian kepakaran. 

Akhir penyelesaian, kami terpaksa berhijrah. Doktor yang tinggal hanya doktor 
baru yang tidak terlatih dan negara jiran serta sektor swasta bergembira dengan 
kehadiran kami yang mempunyai pengalaman. 

Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia terus mengalami migrain berpanjangan 
terpaksa membanting tulang menyelesaikan masalah ‘brain-drain’ sedangkan 
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan meneruskan dasar yang menggalakkan lagi 
perpindahan tenaga profesional keluar dari sektor awam. 

Saya selaku seorang daripada penyokong kuat aspirasi kerajaan memohon agar 
kerajaan Pusat terutamanya Kementerian Kesihatan campur tangan dalam mengatasi 
masalah ini. 

WAKIL PEGAWAI PERUBATAN, 
Negeri Sembilan. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JabatanKesihatanNStakmesradoktor/Article
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke