Khutbah Jumaat sepatutnya menyedarkan jemaah yang hadir agar insaf dan bersatu 
bertindak atas kemelut iman yang semakin serius. 11.3 peratus atau 3.3 juta 
orang rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun 
serta hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh negara. Maharaja Jepun minta rakyatnya 
bersatu dan bantu membantu menghadapi bencana gempa, tsunami dan krisis 
nuclear. Maka para khatib sepatutnya menyedarkan jemaah agar bersau menghadapi 
pelbagai bencana iman, hilang pedoman, sakit mental dan bunuh diri yang juga 
adalah merupakan bala bencana di Malaysia ketika ini.

Artikel berkaitan sebelum ini :
Khutbah Jumaat, Jangan bekukan otak imam di Malaysia 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-jangan-bekukan-otak-imam.html 

Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html 

Negara amat perlukan lebih banyak Hospital Mental 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 

LELAKI MAUT TERJUN PANGSAPURI
Utusan Malaysia 16 Mac 2011

MUAR 15 Mac - Seorang pemuda dipercayai mengalami masalah mental maut selepas 
terjun dari tingkat empat pangsapuri yang didiaminya di Taman Warisan, Jalan 
Junid di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Zulkarnain Mustafa, 26, (gambar) 
tiba-tiba bertindak keluar dari rumah dan terjun menerusi koridor rumah pangsa 
berkenaan.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, 
meninggal dunia pada pukul 5.30 petang akibat kecederaan parah.

Menurut ibu mangsa, Nora Omar, 49, dia serta dua anaknya yang lain sedang 
berada di dalam rumah semasa kejadian berlaku.

Katanya, anak keempat daripada lapan beradik itu mengidap sakit mental sejak 
1999 dan seringkali berulang-alik mendapatkan rawatan di HPSF.

"Saya memang terkejut dengan apa yang berlaku sebab dia baru sahaja keluar dari 
wad hospital sejak tiga hari lalu dan keadaannya semakin baik," katanya kepada 
pemberita di sini hari ini.

Dia yang reda dengan takdir berlaku menyifatkan anaknya itu seorang baik dan 
bijak sebelum mengidap penyakit tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_09.htm
   



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke