Cuti sekolah bulan Mac 2011 saya berkesempatan menghantar rombongan perkahwinan 
anak saudara sebelah isteri di Rantau Panjang. Perjalanan pergi dan balik dari 
Kuala Terengganu kami melalui jalan pantai. 

Sampai saja di Rantau Panjang kami singgah di Masjid Beijing berhampiran pekan 
Rantau Panjang. Memang mengagumkan senibinanya. Tapi ada beberapa perkara yang 
perlu diberi perhatian oleh pihak masjid dan kerajaan negeri.

Pertama dari segi user friendly atau mesra pelanggan. Kurang tunjuk arah untuk 
ke ruang solat, tempat wuduk dan bilik air.

Kedua dari segi mesra OKU, perlu diadakan kemudahan yang sesuai untuk OKU 
terutama mereka yang berkerusi roda dan bertongkat

Ketiga, kebersihan. Agak mengecewakan kebersihan tandas lelaki. Di luar tandas 
kelihatan manhole terbuka, kemungkinan sedang dibaiki. Di dalam di dapati 
tandasnya keseluruhannya tersumbat.

Dalam perjalanan pulang , kami singgah untuk solat di Masjid Haji Taib, Kampung 
Hujung Repek, Bachok. Walaupun masjid ini kecil, tapi terasa begitu lain 
suasana masjid ini, tenang, aman, tenteram berada di masjid ini. Walaupun hanya 
ada dua tandas lelaki tanpa pam, tetapi ianya bersih.

Dalam hati tertanya-tanya siapa yang menjaga masjid ini, kenapa masjid ini lain 
dari masjid-masjid yang saya solat sebelum ini, bukan sahaja di Kelantan 
malahan di beberapa tempat lain di Terengganu , Negeri Sembilan dan seterusnya.

Selepas selesai solat, ada seorang pakcik yang masih berada di masjid. Saya 
bertanyakan suis kipas untuk ditutup, kemudian pakcik tadi pun mulalah 
bercerita apabila saya tanya sedikit demi sedikit.

Nama pakcik tadi ialah Mokhtar orang pangggil Pak Su Ta. Katanya masjid 
tersebut di bina atas usaha bersama orang kampung. Pada mulanya orang kampung 
tidak yakin boleh membina masjid tersebut, di mana hendak cari wang, maklumlah 
mereka hanya orang kampung, kerja kampung, petani sahaja. 

Atas persetujuan mesyuarat , sedikit demi sedikit masjid tersebut terbina. 
Sebelum terdiri masjid , ianya adalah merupakan madrasah kecil sejak tahun 
1960an. Bermula tahun 2001 barulah binaan masjid baru bermula.

Nama masjid tersebut Masjid Haji Taib adalah sempena nama ayah Pak Su Ta. 

Saya perhatikan , ada pembinaan tandas tambahan. Kata Pak Su Ta nak tambah 
tandas, dan buat khusus untuk OKU, kesian katanya tengok OKU datang masjid 
tiada kemudahan. Begitu tersentuh sekali dengar cerita Pak Su Ta.

Saya tanya lagi, packik duduk mana. Di tunjuknya rumah sebelah masjid. Katanya 
tinggal dia dua orang suami isteri. Anaknya semua lulusan universiti luar 
negara dan sudah bekerja.

Begitulah kisah Pak Su Ta, yang begitu ramah, begitu bersungguh membina dan 
memelihara rumah Allah. 

Kalaulah ramai orang macam Pak Su Ta ini, walaupun hanya kerja kampung, tapi 
diberikan rezeki yang melimpah ruah, dapat buat masjid lagi. Bandingkan dengan 
kita, nak buat tempat masak, khemah, pondok di surau atau masjid pun 
berkira-kira.

Rozmal http://waghih.blogspot.com 

***************** 
Masjid Beijing bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing.

Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam 
dan menyerupai

Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini 
terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang

Sekitar 2 Km dari Pekan R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.

Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos 
keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini 
mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

http://www.rantaupanjang.com/attractions/masjid-beijing/



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke