Tak tahulah samada menjadi kesalahan dan berdosa sekiranya para khatib di 
Malaysia ini membaca teks khutbah Jumaat dari kerajaan Brunei Darussalam 
berkaitan Tsunami yang bertajuk Beriman Dengan Hari Kiamat. Teks khutbah ini 
saya dapati amat menyentuh perasaan sekali dan menginsafkan kita. Dan masjid 
yang ada multimedia bolehlah siarkan gambar-gambar kedahsyatan Tsnunami di 
Jepun supaya kita semua insaf dan kembali mengamalkan Islam keseluruhannya. 

Contoh gambar yang amat menginsafkan kita semua pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-tsunami-untuk-iktibar.html 

Politik Malaysia semakin kalut, membuatkan kita semua umat Islam lupa akan 
gambaran kiamat melalui Tsunami.

************************ 
Teks Khutbah negara Brunei

BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT

Muslimin yang dirahmati Allah,

Apabila datangnya Hari Kiamat, ketika itulah sangkakala ditiup dan seluruh 
makhluk yang hidup di dunia ini akan mati. 

Ketika kejadian dahsyat itu menimpa dunia, berlakulah goncangan bumi yang amat 
menggerikan, langit-langit beserta isi ala mini akan menjadi kacau-bilau, bumi 
digoncangkan dengan sedahsyat-dahsyatnya, gunung-ganang berterbangan dan hancur 
luluh dengan sehancur-hancurnya, bintang-bintang berguguran, matahari telah 
digulung sehingga tidak bercahaya lagi, LAUTAN YANG BESAR MELUAP-LUAP DENGAN 
GELOMBANG YANG BERGULUNG-GULUNG MENGHANCURKAN DAN MENELAN SETIAP YANG ADA DI 
PERMUKAAN. 

Ahli Jumaat sekalian,

Ingatlah bahawa dunia ini hanya pinjaman dan inilah ketikanya untuk kita 
menentukan masa depan kita di akhirat nanti. 

Jika kita seorang yang taat perintah Allah pasti kegembiraan dan kebahagiaan 
yang akan diperolehi tetapi jika seorang yang ingkar perintah Allah, hidup 
bergelombang dosa dan maksiat, maka kesengsaraanlah yang akan menanti. 

Kerana itu kita perlu sedar jika kita telah banyak melakukan kesalahan dan 
dosa, bertaubatlah dengan segera. Jangan tunggu sehingga nyawa di kerongkong 
baru hendak bertaubat kerana pada ketika itu tidak ada gunanya lagi.

Oleh itu sebagi umat Islam amalkanlah ajaran Islam itu secara menyeluruh, bukan 
sebahagian-sebahagiannya sahaja. 

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Buatlah perhitungan ke atas diri kita sebelum kita diperhitungkan. Jangan lalai 
dan leka dengan keseronokkan dunia semata-mata. Beramallah sebelum terlambat 
dengan memperbanyakkan istighfar, taubat dan muhasabah diri sendiri. 

Ingatlah hidup ini hanya sementara dan amal kebaikan sahaja yang akan dapat 
menolong dan menyelamatkan kita di Hari Kiamat kelak. 

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az Zalzalah ayat 6-8 tafsirnya :

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam 
supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. Barangsiapa yang 
mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. 
Barangsiapa yang mengerjakan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat 
balasannya pula".

Khutbah penuh di 
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=328
 


Terjemahan Al Quran Surah Al-Infitaar

[1] Apabila langit terbelah; 
[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; 
[3] DAN APABILA LAUTAN PECAH BERCAMPUR-BAUR; 
[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, - 
[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang 
telah dikerjakan dan ditinggalkannya. 
[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada 
Tuhanmu yang Maha Pemurah? - 
[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan 
anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta 
menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; 
[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun 
kejadianmu. 
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! 
Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. 
[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas 
segala bawaan kamu, 
[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan 
menulis (amal-amal kamu); 
[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. 
[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang 
berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang 
berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh 
nikmat; 
[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang 
menjulang-julang. 
[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan, 
[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. 
[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? 
[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari 
pembalasan itu? 
[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan 
sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi 
Allah.

http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/index.html 

Wave of Destruction
Photograph by Mainichi Shimbun, Reuters

A tsunami wave crashes over a street in Miyako City, Iwate Prefecture, in 
northeastern Japan on March 11.

Published March 15, 2011

http://www.theatlantic.com/infocus/2011/03/japans-earthquake---the-aftermath/100023/
 
http://news.nationalgeographic.com/news/2011/03/pictures/110315-nuclear-reactor-japan-tsunami-earthquake-world-photos-meltdown/
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke