Baru saya tulis mengenai setiap 5 orang ada seorang gila di Malaysia ini, dan 
gejala sakit mental makin serius di Malaysia di mana Khutbah Jumaat adalah 
medan terbaik untuk menyedarkan masyarakat, dah ada pula lelaki yang sakit 
mental rempuh Masjid Putra di Putrajaya dengan keretanya. JAKIM dan Majlis 
Agama Negeri masih tak nampak lagi ke? Nak tunggu petanda lain? Ubahlah konsep 
khutbah Jumaat, sepatutnya Berkhutbah bukan Membaca Teks Khutbah.

Artikel saya sebelum ini bertajuk Khutbah Jumaat Orang Gila di Malaysia di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-orang-gila-di-malaysia.html 

LELAKI SAKIT MENTAL REMPUH MASJID PUTRA
Berita Harian 22 Mac 2011 

BEBERAPA kesan pecah di tangga menuju ruang solat di Masjid Putra, Putrajaya, 
akibat dirempuh kereta, semalam.

PUTRAJAYA : Sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh di Masjid Putra 
di sini, pagi semalam gempar apabila seorang lelaki memandu keretanya secara 
melulu memasuki masjid. 

Selepas meletakkan keretanya bersebelahan ruang solat utama masjid, lelaki 
terbabit dikatakan terus menuju ke tandas berhampiran untuk membuang air kecil, 
sebelum cuba melarikan sehelai jubah. 

Jurucakap polis berkata, cubaan lelaki terbabit bagaimanapun gagal apabila 
perbuatannya itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menahannya. 
“Lelaki berusia 30-an yang ditahan pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke 
Balai Polis Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana menceroboh Masjid Putra. 

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki terbabit bebas daripada 
pengaruh dadah atau minuman keras, namun POLIS TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN SUSPEK 
MENGALAMI MASALAH MENTAL,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, 
semalam. 

Berikutan itu, polis menahan suspek terbabit untuk membantu siasatan. 

Tinjauan Berita Harian mendapati terdapat kerosakan kecil pada anak tangga 
menuju ke ruang solat utama di Masjid Putra dipercayai kesan dilanggar kereta 
lelaki terbabit.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LelakisakitmentalrempuhMasjidPutra/Article
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke