Laporan ketua Audit Negara 2009 menyatakan aktiviti perlombongan dan 
pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah 
mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Berita Harian 22 Mac 2011 
menyatakan kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok telah 
menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami 
hakisan.

Laporan Ketua Audit Negara tersebut di 
http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html 

Gambar-gambar aktiviti korek pasir N.Sembilan di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html 


TERHAKIS
BERITA HARIAN 22 Mac 2011 

NILAI: Kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok di sini sejak 
kira-kira dua bulan lalu, menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik 
penduduk kampung mengalami hakisan. 

Tinjauan Sentral mendapati, masalah itu berlaku kerana aktiviti di tapak 
berkenaan dipercayai tidak mematuhi beberapa garis panduan penting dikeluarkan 
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pemberian permit pengambilan pasir 
sungai. 

MALAH, PIHAK BERKUASA NEGERI INI SEAKAN-AKAN TIDAK MEMPEDULIKAN HASIL LAPORAN 
KETUA AUDIT NEGARA 2009 BERHUBUNG KELEMAHAN 'PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN 
DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR' yang dikeluarkan 
Oktober tahun lalu. 

Seorang penduduk, Kamarulzaman Abu Bakar, 50, mendakwa pihaknya hairan 
bagaimana pengusaha terbabit dibenarkan beroperasi sejak lebih sebulan lalu 
kerana mengikut garis panduan JPS, aktiviti berkenaan tidak dibenarkan di 
sungai yang kelebarannya kurang 10 meter. 

"Selain itu, pengusaha juga gagal memastikan hakisan tidak berlaku kerana 
tebing sungai di kawasan berkenaan (lokasi dikorek) serta di kampung yang 
terletak di kawasan lebih tinggi mula runtuh sedikit demi sedikit. 

"Kesalahan lebih nyata (mengikut garis panduan JPS) adalah pengusaha meletakkan 
timbunan pasir betul-betul di tepi tebing sungai itu dan di situlah ia dicuci 
dan diangkut menggunakan lori manakala air cucian pula disalirkan semula ke 
sungai. 

"Sedangkan mengikut peraturan, pasir perlu diletakkan sekurang-kurangnya 10 
meter dari tebing sebagai `stockpile' sementara, sebelum dibawa untuk dicuci 
dan dihimpunkan di `stockpile' utama yang sepatutnya terletak 20 meter dari 
tebing sungai," katanya. 
Beliau berkata, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan 
sudah menghantar aduan kepada pejabat Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian 
(PTG) serta JPS negeri namun tiada tindakan berkesan diambil. 

Berhubung laporan Ketua Audit Negara 2009, kelemahan yang dikesan ketika 
pengauditan pada September 2009 hingga Disember 2009 antaranya membabitkan 
kelemahan pemantauan pihak berkuasa terhadap arahan supaya kontraktor 
menyediakan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian pasir 
memasuki sungai. 

Bagaimanapun, ketika tinjauan ini dibuat, kontraktor di kawasan berkenaan tidak 
menyediakan kolam enapan sedemikian dan sehingga kini tiada pula tindakan 
dikenakan terhadap mereka menyebabkan penduduk menganggap pihak berkuasa tidak 
berusaha memperbetulkan keadaan. 

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Zawawi Abd Rashid, 54, mendakwa 
kontraktor menceroboh sebahagian tanahnya tanpa kebenaran untuk melakukan 
aktiviti itu. 

"Saya berjumpa seorang kakitangan syarikat itu dan menunjukkan geran tanah, 
namun dia mendakwa tanah berkenaan milik kerajaan dan syarikatnya mempunyai 
permit mengorek pasir di kawasan berkenaan," katanya yang kemudian membuat 
laporan polis. 

Beliau berkata, aktiviti berkenaan membimbangkan penduduk kampung kerana arus 
sungai akan menjadi lebih kuat ketika musim hujan tidak lama lagi dan akan 
menyebabkan tebing sungai di kawasan kampung runtuh. 

Sementara itu, Pengarah JPS negeri, Hashim Osman, berkata kontraktor terbabit 
diberi permit menjalankan kerja mengorek pasir, namun pihaknya tidak mengetahui 
pelanggaran garis panduan berkenaan. 

"Kita akan menyiasat dakwaan ini secepat mungkin dan akan menghantar laporan 
kepada PTG untuk tindakan lanjut," katanya. 

Mengulas mengenai syarat kelebaran sungai untuk aktiviti itu, Hashim berkata, 
pihaknya memberi kelonggaran dalam kes tertentu termasuk jika kawasan berkenaan 
sering dilanda banjir dan memerlukan kerja pendalaman sungai. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terhakis/Article 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke