Pampasan tanah tidak cukup 
Sinar Harian 22 Mac 2011 

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan 
tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api 
berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi. 

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang 
diberikan. 

Menurutnya, jumlah pampasan itu tidak cukup buatnya untuk membeli tanah dan 
membina rumah baru kerana nilai hartanah kini semakin tinggi. 

“DISEBABKAN ITU, MAKCIK DAN SUAMI TERPAKSA MENYEWA RUMAH DI TAMAN SRI REMBAU 
KERANA IMPIAN KAMI UNTUK MEMPEROLEH RUMAH DAN TANAH YANG DIDUDUKI SEPERTI 
SEBELUM INI TIDAK KESAMPAIAN. 

“Sebenarnya, makcik tidak pernah menolak pembangunan yang dijalankan di sini, 
cuma memang tidak puas hati dengan jumlah pampasan,” katanya. 

(Kisah berkaitan sebelum ini ; Umno Rembau tak leh harap jaga hak orang Melayu 
di http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html )

Hasnah berkata, dalam usianya yang semakin meningkat dan kehilangan tanah serta 
rumah yang didiami lebih 40 tahun lalu, sudah tentu keadaan itu amat 
menyedihkan, apatah lagi banyak kenangannya sepanjang tinggal di kawasan 
berkenaan. 

Menurutnya, keprihatinan pihak berkenaan terhadap nasib dirinya amat 
diharapkan. 

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini cuma berharap agar 
memperoleh tanah dan rumah sendiri. 

“Disebabkan terlalu memikirkan hal ini, ia benar-benar mengganggu kehidupan dan 
kesihatan makcik,” katanya. 

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan 
Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi 
Hasnah sememangnya mendapat perhatiannya. 

“Saya tidak pasti sama ada masih ada ruang atau peluang buat kerajaan negeri 
menimbang semula perkara ini. 

“Pada pandangan saya, masalah seperti ini mungkin boleh diatasi jika warga emas 
ini diberikan tanah anugerah sebagai penyelesaian dengan menyediakan tapak 
rumah untuknya membina rumah,” katanya. 

Menurutnya, pihaknya akan cuba mengkaji semula undang-undang berkaitan tanah 
adat jika boleh dikategorikan sebagai tanah rizab Melayu supaya setiap tanah 
yang diambil diganti semula dengan tanah. 

Hadir sama, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham 
Shaharin.  

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8891399.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke