Maaflah ya. Terpaksa guna ayat ini, sebelum ini dah guna cara lembut, sahabat 
saya Pengerusi Taman Alamanda telah tulis surat, fax, buat aduan secara online 
mengenai masalah pembuangan sampah dan bahan binaan secara haram oleh pihak 
yang tidak bertanggungjawab yang tiada kesudahan sejak bertahun-tahun, terutama 
kontraktor binaan yang mengubahsuai rumah sesuka hati buang sampah dan bahan 
binaan di tepi jalan ke dalam lembah berhampiran Surau Taman Alamanda, Senawang.

Dan sekarang ini pula Taman Satria adalah kawasan panas wabak bala demam 
denggi, dan Taman Alamanda juga tidak terkecuali. Seorang demi seorang penduduk 
taman ini dan taman sekitar Senawang ini menghidap demam denggi.

Apa Majlis Perbandaran Seremban buat bila dibuat aduan. Mereka hanya letak 
papan tanda murah guna papan tulis JANGAN BUANG SAMPAH DENDA RM500. Penduduk 
minta tolong kepada Majlis tolong pasang penghadang besi atau konkrit supaya 
lori tak boleh nak buang sampah.

Rakyat Malaysia ini ada yang tak reti bahasa, pengotor, suka buang sampah ikut 
sesuka hati.

Akibat tidak tahan dengan sikap sambil lewa MPS atau Majlis Perbandaran 
Seremban para penduduk telah bergotong royong meletakkan pita amaran untuk 
sementara. Dan sedang mengumpul duit daripada penduduk setempat untuk dibina 
penghadang tetap.

Kalau dah bina penghadang besi nanti MPS jangan pula gatal tangan nak 
tanggalkan penghadang besi ini kerana tidak mengikut spesifikasi.

Apa guna MPS suruh penduduk bayar cukai pintu untuk setengah tahun 2011 sebelum 
28 Feb 2011 kalau tak prihatin masalah setempat ? Bukan murah dekat RM200 cukai 
pintu untuk setengah tahun.

Kalau lembah bawah tempat pembuangan sampah itu pembentung itu tersumbat, air 
bertakung, siapa susah? MPS juga kan. Kena belanja berjuta-juta ringgit untuk 
buat pembentung baru.

Atau memang sikap agensi kerajaan ni suka projek juta-juta ringgit, apa guna 
pasang penghadang besi beratus-ratus ringgit.

Sekali lagi MPS dan Yang Dipertua juga Menteri Besar, minta maaf ya. Kesabaran 
penduduk ada hadnya.

Gambar lokasi kejadian dan surat dari Jabatan Kesihatan mengenai wabak bala 
denggi di Taman Satria dan Taman Alamanda, Senawang pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/majlis-perbandaran-seremban-tak-boleh.html 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke