Sabtu 26 Mac 2011 selepas balik gotong royong di Surau Alamanda, rehat di rumah 
buka internet. Dengar belakang rumah yang disewa oleh sebuah kilang di Senawang 
untuk pekerja asing mereka sedang memekak berkaraoke. Sebelum ini ada 
jiran-jiran sebelah mengadu kepada saya, saya kata laporlah kepada pihak polis, 
ini bukan bidang kuasa kita. Nanti kita tegur lain pula jadinya.

Saya pun taliponlah Balai Polis Senawang, entah siapa yang jawab saya pun tak 
dapat tangkap namanya. Saya beritahulah mengenai pekerja asing yang menyewa 
belakang rumah sedang memekak berkaraoke. Selang beberapa minit kemudian 
terdengar bunyi senyap, selepas tu telefon daya berdering. Panggilan dari 
seorang anggota polis yang sedang berada di rumah suspek.

Saya pun cakap terima kasih banyak-banyak. Wah begitu pantas sekali tindakan 
anggota polis. Tak perlu dail 999, tak perlu Rakan Cop, terus dail balai , 
bukan main cepat datang. Rasanya polis tadi datang naik motor kapcai je.

Sebenarnya polis kita ni mangsa keadaan. Mereka ikut arahan je. Kesian juga 
tengok anggota polis ni dalam kes saman ekor, mereka hanya menjalankan tugas 
saja. Masalahnya menteri tak turun padang cuba faham kenapa sistem yang mereka 
pasang berjuta-juta ringgit tak boleh kesan nombor plet palsu, motosikal jadi 
kereta, moto buruk jadi superbike dalam sesetengah kes saman ekor. Tak 
pasal-pasal polis kena sumpah seranah dalam kes saman ekor. Menteri pula main 
Tai Chi buat-buat tak faham masalah teknikal dalam saman ekor ni.

Lagi satu kesian tengok polis ni bab SB atau Special Branch. SB yang dalam 
bidang politik. Selalu SB talipon saya mengenai program setempat. Disebabkan 
program tersebut memang dah tertera dalam internet atau blog jadi saya beri 
sajalah maklumat yang dalam blog, lebih-lebih tak boleh lah.  Kesian tengok SB 
kena cari maklumat kena talipon sana-sini.

Apalah salahnya bekalkan SB SB ini dengan netbook siap dengan broadband. Petik 
jari je dapat semua maklumat. Jadi tak membazir masa, banyak masa polis ni 
diperlukan untuk mencegah jenayah.

Sekali lagi terima kasih kepada anggota polis Senawang, walaupun saya dengar 
dulu kurang kereta peronda, kurang anggota , dan banyak masalah lain, tetapi 
tetap menjalankan tugas demi masyarakat.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke