Rakyat Malaysia perlu lebih bersedia mulai sekarang kerana Malaysia dijangka 
tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang 
demikian menurut Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin. Apakah 
persediaan tersebut, adakah membina bangunan dan rumah yang tahan gempa, 
menyiapkan beg kecemasan dan beg bekalan disetiap rumah, menyediakan amal 
ibadah yang secukupnya bagi menghadapi maut, gempa bumi atau kiamat kecil? Di 
hujung artikel ini diberikan sedikit panduan Persiapan menghadapi Gempa Bumi di 
Malaysia.

Beberapa kejadian gempa bumi pada skala Richter yang kecil sebelum ini yang 
dilaporkan di Malaysia pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/lagi-gempa-bumi-di-malaysia-27-april.html  

RAKYAT KENA SEDIA HADAPI GEMPA
Kosmo 28 Mac 2011 

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia 
dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan 
datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu 
ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak 
bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh 
mengundang bencana tersebut. 

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di 
Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar 
ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi. 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011 

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan 
ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia 
beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak 
menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan 
sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah 
kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin 
kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar 
rantau ini berbanding sebelum ini.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
  

PEK KECEMASAN, BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAP BENCANA?

Pastikan rumah dan kenderaan sentiasa tersusun tidak menghalang laluan untuk 
menyelamatkan diri. 

CONTOH BEG KECEMASAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)
Dokumen penting, geran tanah, buku bank dll
Wang tunai
Barangan kemas
Telefon bimbit 
Lampu picit
Kit pertolongan cemas
Ubatan penting

CONTOH BEG BEKALAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)
Bekalan air minima 3 liter seorang 
Makanan untuk 3 hari (coklat, makanan dalam tin dan makanan segera) 
Pisau/pembuka tin 
Mancis, lilin 
Dapur kecil dan periuk kecil
Sepersalinan pakaian, berus, ubat gigi, sabun
Baju hujan, Wisel 
Selimut 
Radio kecil 
Plastik barangan

BEKALAN YANG PALING PENTING UNTUK UMAT ISLAM
Mahirkan diri bertayamum
Bertaubat
Buat semua yang Allah dan Rasul suruh
Tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah
Amal ibadah sebagai Bekalan Alam Kubur, Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Hari 
Penentuan, Hari Pengadilan.



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke