TEMERLOH 28 Mac 2011 – Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar daerah ini merungut 
berikutan bekalan air yang terjejas sejak kelmarin. Keadaan itu juga 
menyebabkan sebahagian penduduk terutama di Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh 
berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk bagi menyatakan kekesalan 
terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.

(Gambar-gambar amukan penduduk pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/03/10000-penduduk-mengamuk-mana-menteri.html 
)

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jasa, Rashid Omar berkata, 
bekalan terputus sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk melahirkan rasa marah 
kepada JBA.

“Kami minta JBA hantar empat lori tangki sehari dengan tiga kali penghantaran. 
Setakat ini mereka hanya hantar dua lori dengan dua kali penghantaran. Jumlah 
itu tidak mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui hari ini.

Seorang penduduk taman itu, Ayob Seman, 52, berkata, masalah yang berlaku itu 
telah berlarutan sejak hampir sebulan. 

“Ini sangat menyusahkan penduduk kerana kami tidak tahu bila masalah ini akan 
selesai,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di 
taman perumahan itu sebenarnya berlaku sejak 1 Mac lalu tetapi ia semakin buruk 
bermula kelmarin.

Sebelum ini, menurutnya, gangguan bekalan sering berlaku pada sebelah petang 
hingga ke Subuh tetapi sejak Sabtu lalu, bekalan air terputus sama sekali.

“Saya memandu kereta sejauh 30 kilometer sehari ke Chenor untuk mengambil air 
Sungai Pahang bagi kegunaan keluarga,” katanya.

Menurut Ghazali, masalah bekalan air turut menyebabkan tiga anaknya mengalami 
masalah kelewatan ke sekolah.

Ini kerana ujarnya, anak-anaknya terpaksa mandi di Jengka untuk ke sekolah 
setiap hari.

“Mereka terpaksa bangun awal pagi untuk balik ke kampung di Jengka semata-mata 
mahu mandi sebelum kembali ke sekolah di Temerloh.

“Sampai bila masalah ini hendak selesai, bayangkan betapa sukarnya keluarga 
yang mempunyai anak kecil,” katanya.




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke