SEREMBAN: Penduduk di Taman Matahari Heights, di sini bimbang dengan keadaan 
Kolam Takungan Taman Matahari Heights di kawasan berhampiran yang tidak 
diselenggara sejak setahun lalu dan dipercayai boleh menjadi tempat haiwan 
berbisa dan nyamuk Aedes membiak. 

Tinjauan Sentral mendapati kolam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu 
kini dipenuhi pokok kiambang, manakala kawasan sekitar yang sebelum ini 
dijadikan tempat rekreasi, dipenuhi lalang. Kolam berkenaan turut mengeluarkan 
bau terutama selepas hujan atau jika keadaan berangin, manakala sampah boleh 
dilihat di merata-rata tempat. 

JPS juga meletakkan papan tanda melarang orang awam mandi atau memancing di 
kolam itu.

Peniaga, Zawiyah Yaakob, 54, berkata kali terakhir kolam itu diselenggara JPS 
pada awal tahun lalu apabila banyak sampah dari kolam itu dikeluarkan.

Namun, katanya, selepas itu, kolam itu tidak lagi diselenggara, namun dalam 
tempoh itu, ada pihak yang datang memotong rumput dan lalang yang tumbuh meliar 
di kawasan berkenaan.

"Sudah lama rumput tidak dipotong menyebabkan kawasan itu tidak terurus. Saya 
bimbang jika keadaan ini berterusan, boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak, 
sekali gus kes demam denggi meningkat.

"Selepas kolam ini diselenggara setahun lalu, ada penduduk datang berjoging dan 
riadah di sini kerana ada beberapa kemudahan disediakan termasuk batu 
refleksologi, tetapi selepas tiada pihak menguruskannya, penduduk pun tidak 
berani datang kerana bimbang ada haiwan berbisa atau nyamuk Aedes," katanya 
ketika ditemui di sini.

Nor Hayati Ibrahim, 50, berkata sejak tinggal di taman itu lebih dua tahun 
lalu, kolam itu sudah wujud dan pada tahun pertama ia dijaga dengan baik oleh 
JPS.

Namun, katanya, sejak tahun lalu, kolam itu dibiarkan kotor hingga 
membimbangkan penduduk setempat selain memburukkan pemandangan.

"Saya tidak mahu nanti APABILA ADA PENDUDUK YANG MENINGGAL KERANA DEMAM DENGGI 
BARU PIHAK BERKENAAN MAHU MENGAMBIL TINDAKAN. Sepatutnya tindakan mencegah 
perlu dilakukan dari sekarang.

"Ketika itu mungkin ada pihak yang menuding jari sesama sendiri dan boleh jadi 
lebih ramai penduduk akan berpindah kerana tidak sanggup tinggal di kawasan ini 
akibat kewujudan kolam yang boleh menyebabkan penyakit dan memburukkan 
pemandangan," katanya.

29 Mac 2011
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral__Usahtungguorangmati_/Article
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke