JOHOR BAHRU: Bersabung nyawa untuk melintas jalan! Bunyinya kedengaran agak 
keterlaluan namun itulah hakikat terpaksa ditempuhi kira-kira 1,000 murid 
Sekolah Agama Onn Jaafar (SAOJ) di Jalan Garuda, Larkin, di sini, ketika pergi 
dan balik dari sekolah setiap hari. 

Situasi yang sudah berlarutan sejak sekian lama itu timbul berikutan kesesakan 
trafik di depan sekolah berkenaan terutama pada waktu puncak sehingga 
mendedahkan murid terbabit kepada risiko kemalangan. 

Tinjauan Edisi Johor di kawasan berkenaan mendapati murid sekolah terbabit 
berdepan kesukaran melintas jalan terutama ketika balik berikutan sikap 
segelintir pemandu kereta mahupun penunggang motosikal enggan memperlahankan 
kenderaan masing-masing. 

Difahamkan, pihak sekolah pernah menyediakan seorang pengawal lalu-lintas di 
depan sekolah berkenaan, namun pengawal terbabit berhenti sebulan kemudian 
berikutan dia sendiri hampir dilanggar pemandu yang tidak mahu memperlahankan 
kenderaan mereka. 

Sehubungan itu, Badan Kebajikan SAOJ merayu kepada pihak berkuasa tempatan 
(PBT) khususnya Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) supaya menyediakan beberapa 
ciri keselamatan di depan sekolah terbabit demi keselamatan murid. 

Yang Dipertuanya, Wan Zuraimi Wan Abdul Jamil, berkata beliau menerima banyak 
aduan daripada ibu bapa murid yang bimbangkan keselamatan anak mereka dan 
meminta pihaknya segera mencari penyelesaian. 

“Pihak kami kemudiannya mengajukan permohonan kepada MBJB supaya menyediakan 
beberapa ciri keselamatan di depan sekolah terbabit pada tahun lalu malangnya, 
sehingga ke hari ini belum ada apa-apa maklum balas dan tindakan diambil. 

“Saya terkilan dengan sikap acuh tak acuh MBJB dalam perkara ini sedangkan 
permohonan dibuat bertujuan memastikan keselamatan ribuan murid sekolah ini 
yang setiap hari terdedah kepada risiko kemalangan,” katanya ketika ditemui. 

Wan Zuraimi berkata, antara ciri keselamatan dikenal pasti dapat mengatasi 
masalah berkenaan ialah menyediakan bonggol dan menebalkan garisan kuning di 
depan sekolah bagi memastikan pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing. 

“Papan tanda amaran supaya pemandu memperlahankan kenderaan mereka ketika 
melalui kawasan depan sekolah juga perlu dipasang di kiri kanan jalan, selain 
mengaktifkan semula lampu isyarat berjaga-jaga yang sudah sedia ada di depan 
sekolah. 

“Pihak kami juga merayu supaya MBJB menyediakan penghadang besi di depan 
sekolah sebagai ciri keselamatan tambahan kepada murid sekolah ini ketika 
berjalan masuk dan keluar dari sekolah atau sementara menunggu ibu bapa datang 
menjemput,” katanya.

29 Mac 2011 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Nyawamuridterancam/Article 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke