LALUAN dari Jalan Bahau melalui Kuala Pilah sehingga ke Bukit Putus sememangnya sudah lazim dikaitkan dengan laluan sesak dengan kenderaan terutama pada musim perayaan, musim cuti sekolah, tidak terkecuali pada hujung minggu. Tindakan pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) mewujudkan petak meletak kenderaan di sepanjang laluan kiri-kanan Jalan Dato Undang Johol akan menambah kesesakan di bandar ini.
Laluan ini menjadi pilihan utama pengguna yang hendak ke timur seperti ke Kuantan, Temerloh, Bandar Muazzam dan sebaliknya. Pengguna perlu menggunakan jalan ini dengan melintasi bandar Kuala Pilah untuk ke arah timur dan juga untuk ke Bandar Seremban selain laluan alternatif yang melintasi kediaman dan rumah kakitangan kerajaan. Kewujudan petak meletak kenderaan ini menyebabkan laluan ini menjadi selorong sahaja, paling ketara kepada pengguna yang datang dari arah Bahau untuk terus ke arah Tampin, hanya dapat meneruskan perjalanan sekiranya ada kenderaan di hadapan membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat untuk ke Seremban. Keadaan akan menjadi kelam-kabut jika kenderaan lebar yang membawa peralatan atau kenderaan seperti kereta. Bandar Kuala Pilah ini sememangnya sesak terutama menjelang menyambut Ramadan atau Hari Raya kerana penduduk setempat keluar membeli-belah sebagai persediaan. Sukar dibayangkan keadaan pada tahun ini, yang sudah tentu akan bertambah sesak. Adalah menjadi harapan agar pihak berkenaan sama ada pihak JKR, polis dan MDKP mengkaji semula kesesuaian mewujudkan petak meletak kenderaan di jalan utama ini. SHABUDDIN Putrajaya 28 Mac 2011 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

