Kekadang rasa bosan tengok politik di Malaysia ini, baik antara parti yang berlainan mahu pun sesama parti. Nak tak nak, sedikit sebanyak kena ambil tahu dan ikuti perkembangan, tapi tidaklah terbawa-bawa sampai lupa tanggungjawab harian kita, lebih-lebih lagi tanggungjawab kepada Maha Pencipta. Politik Hipokrit, itulah yang boleh dikatakan. Yang berjuang atas nama bangsa Melayu sampai menghunus keris tidak pula semua mereka gunting rambut di kedai Melayu.
Yang berjuang atas nama Islam, bertakbir sampai pecah kerongkong, tidak pula semua solat berjemaah, lebih-lebih lagi di masjid. Masing-masing cerminlah diri masing-masing, lebih-lebih lagi yang di bawah yang sekadar pengikut, yang menang bersorak kampung tergadai. Orang lain yang tidak bersorak dapat kampung, dapat banglo, dapat tanah, dapat projek. Carilah dan sokonglah pemimpin yang zuhud. Pemimpin yang tak zuhud , kita tegurlah dengan cara yang baik. Banyak lagi masalah lain yang hendak difikirkan, anak masuk U mana nak cari duit, PTPTN, takaful kenderaan cukai pintu, cukai tanah, IWK, pecah rumah, denggi, dadah, buang bayi, judi internet, masjid-masjid yang mati dan banyak lagi. Apakan daya, semua masalah ini tenggelam dek angkara video lucah. Yang berjuang atas nama bangsa, cuba tanya berapa ramai pekerja kilang Melayu yang tidak dapat pembelaan melalui caruman PERKESO? Berapa banyak pekerja kilang Melayu yang tidak tahu hak mereka melalui PERKESO? Kalau nak disenarai, pelbagai masalah, kalau kita sering bersama golongan bawahan ini, golongan yang tidak berdemo, golongan yang tidak bertanah, tidak berumah. Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

